ANTARA ENCIK / PUAN / TUAN DAN KEPROFESIONALAN MELAYU
Kadang2 aku terfikir, adakah gelaran Encik dan Puan tu akan kita panggil di dalam waktu bekerja sahaja ataupun di luar waktu bekerja.
Kita diberi gaji bulanan dan di dalam surat tawaran bekerja juga di tulis :
Gaji : RM1,500.00
Waktu berkerja : Isnin - Jumaat , 8.00 pg hingga 5.00 ptg
Sabtu, 8.00 pg hingga 1.00 t/hari
Ahad, Cuti
Ini bermakna, panggilan Encik /Puan/ Tuan sepatutnya digunakan hanya dalam waktu bekerja sahaja, tidak DILUAR waktu bekerja.
Sebagai contoh, sedang Ali berjalan2 pada hari ahad di pasar tani, Ali berjumpa dengan si Ahmad iaitu salah seorang 'bos dipejabatnya' (umur sama, tetapi Ali bekerja sebagai kerani dan si Ahmad pula bekerja sebagai Pegawai). Ikuti perbualan kosong di bawah.
Ali : Eh!! Encik Ahmad, sorang jer ker?? Encik nak beli ape??
Ahmad : Oh!! Ali, saya sorang jer ni, jalan2 nak beli ikan ni, tadi baru beli sayur, buah2an untuk anak2, ni nak tengok ikan keli ni, saya suka makan ikan keli ni. Kamu beli apa??
Ali : Ala Encik, baru nak tengok2 ni, tadi lepak2 kejap minum, perut dah kenyang, baru nak cari ikan.
Ahmad : Ooo yer ker?? Eh!! Ali, tolong bawakkan barang2 ni ke kereta saya, berat betul la buah2an ni, tadi cari troli, tapi x pula.
Ali : Baik Encik.. Kereta Encik kat maner??
Ahmad : Tu kat hujung tu, ni kunci kereta saya, awak bukak bonet, letak dalam bonet.
Ali : Baik Encik.
Kadang2 dah jadi satu budaya orang kita ni 'di ofis kita kuli, di luar ofis pun kita kuli, di dalam ofis kita berpangkat rendah, di luar ofis pun kita berpangkat rendah, di dalam ofis kita nak di panggil Encik/ Tuan, di luar ofis pun kita nak di panggil Encik/Tuan, kat ofis nak kena hormat, kat luar ofis pun nak kena hormat'.
Sebenarnya ini bukan satu budaya hormat-menghormati yang perlu kita amalkan, sepatutnya kita kena faham bahawa..... kita kena saling bertoleransi antara satu sama lain, kena faham waktu bekerja dengan waktu tak bekerja, kena faham bahawa kita SAMA2 MAKAN GAJI, kena faham bahawa kita ni sebagai 'pegawai' yang JAUH LEBIH MUDA dan orang bawahan kita yang JAUH LEBIH TUA', kita perlu bersikap sangat2 bertoleransi.
Sepatutnya kalau kita jumpa di luar waktu pejabat, kita boleh amalkan panggilan 'abang ker' 'akak ker', cukupla sekadar menghormati antara satu sama lain, tidak perlu menjadikan ' KAT OFIS AKU BOS, ORANG PANGGIL AKU ENCIK /TUAN, SO, KAT LUAR OFIS PUN AKU TETAP BOS, JUMPA KAT PASAR PUN AKU NAK ORANG PANGGIL AKU ENCIK /PUAN/TUAN. '
p/s : Aku teringat kata2 dalam filem P.Ramlee ' BOLEH JALAN DAA...'


