Wednesday, August 19, 2009
Salam kepada pembaca semua...
Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri Johor ada menganjurkan kursus Modul Perakaunan Untuk Usahawan Johor.
Maklumat ringkas adalah sebagaimana berikut :-
Tarikh dan tempat : Tertakluk kepada kekosongan
Masa : 8.00 pg hingga 6.00 ptg
Tenaga Pengajar : UiTM Segamat
Aspek pembelajaran : Pengenalan kpd asas perakaunan, sistem perekodan, pengiraan untung rugi syarikat dan terdapat juga sesi latihan.
Peserta : Semua usahawan drp pelbagai bidang
Lokasi : Semua Daerah di Negeri Johor
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya.
Sunday, August 16, 2009
Lagu : Warisan
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cita Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara.....
Monday, August 3, 2009
DANA dan TABUNGAN
Sambutan Hari Lahir - menggunakan duit dana
Salam kepada pembaca yang dihormati sekalian...
Selepas saya bekerja selama setahun di pejabat saya dan setelah saya mendapat ramai kawan, saya telah menubuhkan satu DANA khas untuk saya dan kawan2 saya. Memandangkan kami berjawatan rendah, gaji yang hampir sama, tabungan bulanan yang sedikit dan tanggungan yang banyak, dana tersebut telah dicipta berdasarkan kepentingan2 berikut :
Ketika kecemasan hujung bulan - dana ini boleh dipinjam oleh ahli2 dan dibayar selepas dapat gaji. Yelah, kdg2 akhir2 bulan adela mcm2 masalah yg timbul, kereta rosak la, nak balik kmpg ade kecemasan la, bini nak bersalin la, dan lain2 lagi, so kami boleh keluarkan melalui bendahari (lantik sendiri) dan tidak perlu mengeluarkan duit ASB / simpanan masing2.
Ketika berlakunya kematian - kadang2 apabila berlakunya kematian ahli keluarga (ibu dan ayah) pihak pejabat kami akan mengutip derma untuk disedekahkan kepada anak si mati, dan kadang2 jumlah yang dapat dikutip begitu sedikit. So, bagi ahli2 kami, kami dapat memberi lebih dari yg sepatutnya.
Lain-lain aktiviti - Duit dana yang kami kumpul juga dapat digunakan untuk sambutan hari lahir, berbuka puasa, main bowling dan macam2 lagi. Kalau x duit dana ni, nescaya kalau nak buat apa-apa aktiviti dan nak keluarkan duit selepuk, mesti ramai yang mengeluh dan program pun x jadi.
Dan tahun depan pula, kami bercadang untuk membuat family day dikalangan ahli2.
Sebenarnya, apa yang cuba saya sampaikan disini, kita sebenarnya boleh menubuhkan dana dipejabat (rakan sekepala) dan dikalangan adik beradik kita sendiri. Walaupun jumlah yg dikeluarkan oleh ahli2 tidak banyak, namun jika setiap bulan kita menabung, lama2 memang banyak dan ini akan menjadikan diri kita lebih berdisiplin dan mempunyai komitmen yang kuat untuk menabung.
So, kalau nak mencuba tubuhkan dana, bolehlah mencuba...betul!! xkan merugikan...
Subscribe to:
Posts (Atom)

