Tuesday, November 17, 2009

MELAYU BANGSAKU

Melayu Bangsaku,
Majoriti ISLAM agama mu,
Terkenal hidup susah tak menentu,
Tersilap mengatur langkah hidup jadi buntu,

Melayu bangsa ku,
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Melepak buang masa tak jemu-jemu,
Merempit berpesta bagai nak gila, macam dirasuk hantu,
Menyibuk, mengumpat, dengki jadi topik nombor satu,

Melayu bangsaku,
Menimba ilmu 1001 alasanmu,
Rasa macam tahu, tapi sebenarnya banyak tak tahu,
Nak harapkan percuma, rugi tak mahu,
Bangsa lain dah maju Melayu tetap disitu,

Melayu bangsa ku,
Allah bagi rezeki, senang sikit, kaya sikit, perangai tak menentu,
Lupa atas ada langit bawah ada bumi dapat tahu liang lahad dah menunggu,
Bangsaku kenapa jadi begitu?

Melayu bangsaku,
Buang jauh perangai buruk itu,
Bangun dan tidur yang melenakan mu,
Seronokkah kita lihat bangsa melayu dungu,
Buang sikap sombong, tamak, dengki dalam benak tu,
Sanggup lihat orang lain mampus asal aku tak kurang pulus,
Biar aku senang orang lain pergi jahanam,

Melayu Bangsaku,
Pesan Nabi kita, jadikan Al-Quran dan Hadis panduan hidup,
Rapatkan jamaah eratkan ukhwah diantara kita,
Mahligai bahagia sama kita bina,
'RAHMAT ILLAHI MARI KITA CARI'


- Nukilan sajak di atas telah dibacakan ketika perasmian Modul Perakaunan yang telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Muar -

Monday, November 16, 2009

GANJARAN WANG DAN NASIHAT


                                           - sekadar gambar hiasan - 


Salam kepada pembaca semua.

Sebagai pekerja biasa, biasanya kita sering mengharapkan ganjaran / upah dalam bentuk kewangan apabila kita berjaya menyiapkan sesuatu kerja dengan sempurna dan mengikut apa yang dikehendaki oleh bos kita.

Bagi bos pula, apabila sesuatu kerja disiapkan dengan baik dan sempurna oleh para pekerja, bos menganggap 'itu adalah sebahagian tugas yang perlu kamu lakukan' dan gaji akan dibayar setiap bulan tanpa tambahan.

Bagi bos, apabila pekerja telah dibiasakan dengan ganjaran wang, maka setiap kali perubahan positif berlaku dalam syarikat, maka bos terpaksa memberi ganjaran setiap masa dan akan meningkatkan kos syarikat.

Bagi menjimatkan kos ini, bos lebih suka mengatakan 'wah!! bagus kerja kamu, nanti kalau kamu kerja lagi kuat, saya akan naikkan pangkat kamu'.

So, sekiranya kita seorang bos, ganjaran wang bukanlah pilihan terbaik yang harus diberikan setiap kali pekerja membuat perubahan positif pada syarikat, adalah lebih baik dinaikkan gaji mengikut tahunan sedikit demi sedikit agar kos tidak meningkat dengan begitu mendadak.

Bagi seorang pekerja juga, sekiranya anda baru memulakan kerja, ganjaran yang paling baik difikirkan adalah menambahkan ilmu dalam diri untuk cabaran lebih besar, kerana ganjaran wang akan datang melimpah ruah apabila anda telah banyak ilmu.

Monday, November 2, 2009

SIAPA SALAH ???

Salam kepada pembaca blog...

Hari ni saya nak bercerita tentang siapa salah dan siapa yang betul. Jom kita baca cerita di bawah :

Dalam mahkamah tinggi Johor Bahru, seorang hakim telah bertanya kepada seorang pencuri :-

Pendakwaraya : Ali, pada 2 November 2008, jam 8.00 malam bertempat di tempat paking kereta di
Majlis Bandaraya Johor Bahru, kamu telah di tangkap kerana membawa kereta curi. Adakah kamu mengaku bersalah ?

Ali                  : Maaf yang arif, saya tidak mengaku bersalah dan saya ingin di bicarakan. (sebenarnya memang aku yang curi, hehe)

Hakim           : Ok, saya menetapkan tarikh pada 2 Disember 2009 untuk membawa kes kamu ini untuk bacaan kali kedua.

Ali                 : Terima kasih Yang Arif (lege rase, hehe)

Sebenarnya cerita di atas adalah merupakan satu contoh tentang sikap diri kita. Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah 'tunding menunding jari diantara kita dan para lawan2 kita'. Kebiasaannya orang kita ni lebih suka mengambil pendekatan menunding jari menyalahkan orang lain berbanding mengakui kesilapan diri sendiri.

Kita jarang sekali mengakui kesalahan diri kita. Walaupun kadang2 kesalahan tu bukanlah disebabkan oleh kita sepenuhnya, setidak2nya kita juga tergolong dalam orang yang menyebabkan kesalahan itu terjadi.

Sebagai contoh, bila berlaku kesilapan dalam kerja2 kita, terutamanya yang melibatkan kerja2 team work, kita cepat menunding jari mengatakan orang tu salah, orang ini salah, kita jarang sekali mengatakan kita silap, sedangkan sekiranya kita 'monitor' perkara tu betul2, mungkin tidak akan berlaku masalah seperti itu.

Begitu juga dengan hal2 lain selain dari hal2 kerja, termasuklah hal2 sosial, masalah sosial dikangan remaja kini, dan lain2nya, kita cepat2 kata yang 'oh!!! tu mak bapak dia yang asik sibuk bekerja, bukan salah kita', dan kita jarang mengatakan 'kesian budak tu, baik aku tegur sebelum terjadinya masalah dikemudian hari', dan kita jarang berfikir apa perkara sebenar berlaku sehingga perkara tersebut boleh terjadi.

So, sebenarnya apa yang saya nak sampaikan ialah 'JIKA PENCURI SENDIRI TIDAK MENGAKU KESALAHANNYA sedangkan dia sendiri yang mencuri, apatah lagi orang2 sekeliling kita, jika kita menunding jari 'OH!!! KAU YANG SALAH' sudah tentu kita tidak akan menemui jalan penyelesaian sehinggalah kita mengatakan pada diri sendiri 'OH!! MENGAPA AKU TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN ITU DAN INI, SUDAH TENTU MASALAH INI TIDAK AKAN TERJADI.

Wasalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...