Wednesday, February 25, 2009

Ah Suan oh Ah Suan

Mari berkongsi pengalaman bersama saya...

Di sini saya akan menceritakan serba sedikit kisah seorang mekanik bernama 'Ah Suan'. Bukan nama saya Ah Suan, tapi nama seorang mekanik kereta yang berhampiran dengan rumah saya.

Yer!! saya sering ke kedai Ah Suan jika kereta saya rosak, dan tentunya bukan sedikit duit gaji saya diserahkan kepada Ah Suan selepas dia menambah jahanamkan kereta saya, maaf cakap, selepas beberapa hari di 'repair', ada jer masalah lain yang akan menimpa kereta saya.

Ok, let's go to the story. Ah Suan bukannya orang yang bijak seperti anda semua, dia tidak tahu membaca, menulis dan hanya tau men 'congceng, congceng (ni kononnya cakap cina la ni)' tapi apa yang menarik tentang Ah Suan ni, emm... jap lagi saya cerita, dan yer!! tentu sekali dia tidak pandai mengira, sebaliknya isterinya la yang mengira jumlah yang perlu saya bayar. Pendek kata, Ah Suan apa pun tidak tahu tentang harga.

Mpv Citra, kereta Kan***, rumah teres di Taman U dan yang terbaru ho!ho!ho! sebuah kedai berharga RM 300k, percaya atau tidak?? ni semua harta miliknya. Mungkin anda semua rasa harta anda lebih banyak daripada apa yang dimiliki oleh Ah Suan, tapi cuma anda bandingkan tahap pendidikan yang terima oleh anda, anda berkelulusan SPM, STPM, Diploma, Degree 1st Class, dan mungkin berpangkat Pengarah di sesebuah syarikat.

Cuba anda perhatikan di sekeliling anda? Bolehkah rakyat Malaysia berbangsa Mela** hidup mewah seperti Ah Suan?? Tepuk dada tanya hati dan akal. Jawapan di tangan anda.

Dan saya pasti jawapan anda :

Ah Suan orang cina, banyak networking

ala..., buka kedai kereta memang banyak untung ma

Ah Suan menipu kot

Ho! Ho! Ho! mungkin anda silap dengan jawapan yang diberikan.

Tapi percayalah, orang Mela** sudah ketinggalan dalam perniagaan bengkel kereta, jika ada sekalipun mungkin hanya jadi kuli sahaja, (tapi yang penting halal jawap mak cik jenab). Tapi itu baru di ukur dari perniagaan bengkel kereta sahaja, nanti pada ruangan yang lain akan saya bincangkan dengan lebih lanjut berkaitan perniagaan orang melayu/cina dan mamak.

Ho! ho! ho!

Adios..

Monday, February 23, 2009

salam perkenalan

hidup ni singkat je..kalau tak diisi dengan sesuatu yang bermanfaat atau berkongsi sesuatu yang bermanfaat..alangkah ruginya..

Saya buat blog ni sebenarnya untuk berkongsi kisah kehidupan, berkongsi rahsia untuk menjadi sihat dan bahagia dan macam-macam lagi..

Saya teringat kata-kata seorang makcik mengajar saya doa berbunyi
" Ya Allah..muliakan daku dengan ilmu dan cantikkan daku dengan kesihatan"..

seorang manusia,mulianya pada ilmu..tak kiralah ilmu apa sahaja..dia akan dikagumi kerana kekuatan pengetahuan

dan cantik kerana kesihatan..tak percaya?kalau kita sakit memang kita tak cantik dan cantik ni pun bukan lahiriah je..tapi dalaman jugak..fikir-fikirkanlah......

ini hanya salam pembukaan..masih banyak kisah manusia biasa, dalam kehidupan biasa..tetapi dengan pengetahuan luar biasa..

nantikan..

adios!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...