Monday, June 29, 2009

RAHSIA UNTUK KEKAL BERJAYA

Aku masih ingat pesan kawan aku ketika aku masih belajar. Katanya 'Jika aku menjadi seekor burung, janganlah jadi seekor burung yang terbang tinggi, tapi cepat jatuh ke tanah, TAPI jadilah seekor burung yang terbang rendah, tapi ke merata tempat'

Tapi...apa kaitan diantara kehidupan kita dan perumpamaan di atas.

Sebenarnya, ketika kita sedang berusaha mencapai kejayaan, banyak usaha2 yang telah kita lakukan untuk memastikan impian kita tercapai. Kebanyakan dari kita akan menggunakan pelbagai2 cara untuk memastikan impian kita itu tercapai dalam masa yang singkat.

Untuk mencapai kejayaan tersebut, kadang2 usaha yang kita lakukan adalah tidak bertepatan dengan hukum islam, sebagai contoh kita menggunakan kaedah mombodek, mencantas rezeki orang, menyalahgunakan kuasa, menggunakan wang untuk membeli kuasa, menggunakan khidmat bomoh dan pelbagai2 kaedah lagi untuk memastikan kejayaan kita tercapai dalam masa yang singkat.

Dan apabila kita telah mencapai kejayaan kita tadi, kita mudah pula terjatuh semula ke bawah kerana kita mengamalkan apa yang disebut tadi, menggunakan kaedah yang bercanggah dengan hukum islam, dan terdapat sifat tamak dalam mengejar kejayaan kita tadi, dan akhirnya sprti senjata memakan tuan, kita jatuh semula, kita membodek, akhirnya kawan2 pun lari, kita tutup rezki orang, lama2 Allah pula yang tutup rezeki kita, kita menyalahgunakan kuasa, lama2 ditangkap, kita menggunakan wang untuk membeli kuasa, lama2 orang menyampah dan tidak respek kepada kita.

Sebenarnya, untuk mencapai kejayaan yang kekal, ianya memerlukan kesabaran, komitmen yang tinggi, usaha yang berterusan, doa yang berpanjangan, dan sikap yang sentiasa positif dan mengamalkan nilai2 kesejahteraan dalam masyarakat. Kita perlu mulakan sedikit demi sedikit, dari bawah ke atas, menilai dan peka terhadap persekitaran, maka dengan itu, apabila kita mencapai kejayaan, barulah kejayaan itu kekal milik kita.

Jangan sesekali mengamalkan sikap2 yang tidak baik dlm mengejar kejayaan kita. Walaupun kita terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, namun cekalkan hati, buatlah dengan ikhlas, insyaAllah kejayaan tetap milik kita selamanya.

Itulah serba sedikit berkaitan burung yang terbang rendah, tapi ke merata tempat, 'banyak pengalaman, luas pemandangan, dan terbang dengan penuh keamanan...'

Thursday, June 18, 2009

TIPS UNTUK PASANGAN YANG INGIN BERKAHWIN

Sebenarnya aku terpanggil untuk bagi info kepada rakan2 aku yang masih belum berkahwin dan INGIN berkahwin macam aroy, zali, fetty, dalila, ika, shima, arip, apis, Jimy dan mmber2 aku yg lain.

Untuk pengetahuan semua, kos perkahwinan sebenarnya berbeza antara seseorang individu dgn individu yang lain, bergantung kpd majlis yang ingin dibuat sama ada nak buat secara ala kadar, sederhana, mahupun besar2an, ataupun dimana majlis tersebut ingin dibuat sama ada di kampung, bandar, dewan, hotel, dan sebagainya, so, kosnyer adlh berbeza2.

Tapi, dalam mngira kos2 perkahwinan ini, kita jangan lupa bahawa kos kahwin terbahagi kpd 2, iaitu kos nmpk dan kos yang tak nampak, ataupun dalam bahasa ekonominya 'kos nyata dan kos tidak nyata'.

Kos nmpk mcm m'beli brg2 hntrn, sewa pelamin, kos memasak, kos tukang andam, kos bayaran fotografer dan kos2 lain yang boleh anda fikir dan lihat.  

Kos yang tak nmpak pula adalah kos yang kadang2 anda tidak terfikir di dalam fikiran anda seperti duit minyak kereta, duit tol, duit beli itu dan ini di saat2 akhir dan duit tol pelamin (jika pasangan anda adlh org johor).

So, kalau dah kenalpasti kos2 yang terlibat, pastikan anda semua membuat perancangan yang rapi dan teliti, apa barang yang ingin dibeli, berapa kosnya, berapa banyak yang ingin dibeli, dimana hendak membeli.

Semakin banyak anda melakukan servey, semakin banyak kos yg boleh anda jimatkan dan semakin banyak anda dpt mengelakkan pembaziran.

Sebagai contoh, barang hantaran perlu dibeli ketika adanya 'mega sale' kerana dari situ ianya dapat menyelamatkan banyak wang anda. Jangan membeli brg2 hantaran ketika hampir tahun baru cina kerana diwaktu itu, harga barang2 begitu mahal dan melambung naik. Anda juga boleh membeli barang hantaran ketika hampir hari raya aidilfitri kerana terdpat banyak diskaun harga.

Satu perkara penting dan perlu diingat, dalam menghadapi kos perkahwinan ini, pastikan tiada urusan pinjam meminjam duit drp kawan2, atau saudara mara terdekat, jika anda menghadapi kesulitan kewangan, pinjamlah drp institusi kwangan yang betul, iaitu bank2 yang boleh menawarkan pinjaman peribadi. 

p/s : Memandangkan kos perkahwinan ketika ini begitu tinggi sekali, kdg2 kita mmg tidak boleh mengelak untuk mmbuat pnjman peribadi, kalau nak harapkan duit simpanan, smpai ke tua pun lum tentu cukup2. 

Teknik Menunggang Motosikal

''Antara Keberanian dan Kecekapan''

Ramai orang yang tidak tahu bahawa apabila menunggang motosikal, terdapat 2 elemen penting yang perlu ada dalam diri iaitu keberanian dan kecekapan. 

Jika kita membawa motosikal pada kelajuan 150km/j dan ke atas, bermakna kita seorang yang berani membawa motosikal dengan kelajuan yang tinggi, namun apabila tiba diselekoh2 merbahaya, kita memerlukan kecekapan dalam mengambil corner2 tersebut, barulah tmpt pijak kaki kita boleh mencecah di jalan raya.

Jika kita hanya ada keberanian sahaja tanpa kecekapan, tentu kita akan menjadi 'arwah' apabila mengambil selekoh2 tajam dan merbahaya itu.

Selain dari itu juga, apabila kita hendak memotong diselekoh2 merbahaya, kita tidak boleh hanya mengatakan 'oh!! ni boleh lepas ni' sebab kita terlalu berani, sebenarnya kita silap, kita perlu mengatakan dalam diri 'boleh lepas ke tak ni, mungkin kat depan ada kereta lagi', so jangan memotong jika kita hanya ada keberanian tapi tidak ada kecekapan.

Aku melihat kebanyakkan mat-mat rempit mempunyai 2 elemen penting ni, iaitu keberanian dan kecekapan, sebab itu mereka berani mencilok, willi sambil berdiri, wekang, menentang arus dan macam2 gaya lagi walaupun sebahagian mat2 rempit ini tewas dijalan raya, tetapi ada juga yang tetap menjadi juara di jalan raya.

Oleh itu, ingat!! jika anda menunggang motosikal dijalan raya, pastikan 2 elemen penting ini tersemat di dalam jiwa anda iaitu 'keberanian dan kecekapan', jika tidak anda akan menjadi arwah di jalan raya. 

Wednesday, June 17, 2009

My persoNAL - Part 1

Asalamualaikum semua...

aku tlh dinasihatkan oleh isteriku, dia kata 'sebagai seorang lelaki bergelar eksekutif muda (Ceh!!) aku x boleh masukkan blog mengenai urusan peribadiku', tapi kadang2 tu bukan aku x idea nak tulis aper, cuma kadang2 aku x sempt nak tulis sbb kalau nak tulis blog selain dari peribadi, kita perlu perah otak sebab nak keluarkan idea2 yang bernas dan boleh diterima pakai.

5 hari aku meninggalkan rmh, isteri dan anak atas urusan kerja iaitu ke KK, Sabah, menguruskan fetival disana yang nmpk macam satu tugas yang ringan, tapi memerlukan satu komitmen kerja yang sangat tinggi.

Aku nak cerita sikit pengalaman aku kat sana. 2 tahun lepas aku dah ke KK, tapi kali ni aku rasa banyak perubahan yang telah berlaku. Untuk pengetahuan semua, makanan di KK begitu mahal sekali, mengalahkan harga makanan di Johor Bahru mahupun KL, macam x percaya, tapi itulah kenyataan. Setakat makan ditepi2 jalan (kalau dijohor seperti makan di kedai2 mamak), janganla harap nak murah, aku pun turut 'terkedu' melihatnya, bayangkan makan nasi kosong 2, telur mata 1, air buah 2, itu saja sudah RM24.50. Tidak pernah aku terfikir makan disana begitu mahal.

Kalau makan dibelakang pasar filipine pulak, memang t'dpt banyak kedai dan pilihan makanan, seperti ikan bakar, sotong bakar, udang, dan mcm2 lagi. Tapi harga mknn kat kedai2 yang mcm cikai macamtu pun kalau x betul2, x tanya berapa harga dulu, memang mampos, bayangkan makan 4 orang kat situ boleh kene RM190.00. Macam x percaya, tapi tu la hakikatnya.

Taraf hidup di KK sebenarnya memang tinggi, tapi pendapatan di sana tidakla lumayan, sebabtu ramai orang2 di Sabah berpindah mencari kerja dan pendapatan di Johor dan negeri2 lain. Aku agak pelik, antara 'pendapatan dan taraf hidup' terlalu jauh berbeza. Kebiasaannya kalau gaji mahal, baru la makanan dan brg2 akan mahal, tapi ni gaji murah, tapi mknn dan brg2 mahal. Memang pelik, tapi tu la kenyataan.


p/s : aku masih teringin untuk ke KK bersama family, bercuti di pulau2 yang ada di sana dan ke Gunung Kinabalu, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...