Thursday, July 30, 2009

GERAN DAN PINJAMAN

Salam kepada pembaca semua.

Kebanyakan usahawan2 terutamanya usahawan melayu masih kabur dengan peranan2 yang dimainkan oleh pihak kerajaan / agensi kerajaan dalam membantu mengembangkan perniagaan usahawan melayu.

Terdapat 2 jenis bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan iaitu berupa Geran dan Pinjaman. Apa beza di antara kedua nya??

Geran - Bentuk bantuan yang diberikan kepada usahawan dan tidak perlu dibayar balik. Diulangi...tidak perlu dibayar balik, maksudnya FOC ataupun lebih mudah faham FREE. Kebiasaannya, geran2 ini akan diberi bukan dalam bentuk kewangan sebaliknya dalam bentuk fizikal seperti bantuan peralatan, mesin dan lain2.

Pinjaman - Bentuk bantuan yang diberikan kepada usahawan dan PERLU dibayar balik. Bantuan ni dalam bentuk kewangan dan diberikan mengikut fasa2 tertentu seperti pinjaman sebelum memulakan perniagaan, untuk membesarkan perniagaan, meluaskan pasaran, branding dan lain2 lagi. Pinjaman ni lebih mudah diberikan berbanding dgn Geran.

So, mungkin ramai yang nak tau, agensi mane yang menawarkan geran dan pinjaman ni. Kalau nak tau pasal geran, boleh telefon pejabat SMIDEC, SIRIM dan kalau nak tau tentang pinjaman boleh telefon MARA, TEKUN, SME Bank, CGC, Agro Bank, Bank Rakyat, BSN dan lain2 lagi.

So, bagi usahawan2 diluar sana yang nak mendapatkan geran dan pinjaman, boleh la menghubungi agensi2 di atas. Sekian...

Thursday, July 23, 2009

Untung BESAR Dan Untung KECIL

Salam kepada semua pembaca blog saya.

Ramai yang menganggap bahawa apabila hendak memulakan satu2 perniagaan, perkara yang pertama akan terlintas dalam fikiran adalah berapa keuntungan perniagaan ni, besar ke kecil?? Kalau besar berapa?? Kalau kecil pula berapa??

Sebenarnya, kebanyakan untung perniagaan ni dikira lebih kurang sama dengan melakukan aktiviti pelaburan dan bermain saham, semakin banyak kita melabur dan menanggung risiko yang tinggi semakin besar la untung yang kita akan dapat, dan semakin kecil risiko yang kita tanggung maka semakin kecilla pulangan yang kita akan dapat.

Hakikatnya, banyak perkara-perkara lain yang perlu difikirkan sebelum memulakan perniagaan selain dari memikirkan untung besar atau untung kecil. Sebagai contoh, kita perlu memikirkan keuntungan yang diperolehi dalam jangka masa yang panjang. Kebanyakan perniagaan pada peringkat permulaan akan mengalami untung yang sedikit memandangkan kebanyakan produk/perkhidmatan yang kita hasilkan belum dikenali ramai kecuali kita memulakan perniagaan francais.

Pada peringkat pertengahan ataupun selang beberapa tahun, barulah corak keuntungan kita akan berubah dan pada peringkat matang ataupun setelah produk/perkhidmatan kita dikenali dan disukai...diulangi...dikenali dan disukai oleh kebanyakan orang, barulah keuntungan kita akan meningkat.

So, kepada kawan2 yang masih mencari2 peluang perniagaan, bolehla memikirkan keuntungan jangka pendek dan keuntungan jangka panjang dan menjadikan Untung BESAR Dan Untung KECIL sebagai perkara kedua.

Friday, July 10, 2009

WALAUPUN AKU...- tentang hidup aku

Walaupun aku..... (baca ayat ini dulu bagi setiap ayat)

TENTANG FAMILY AKU

TIDAK la hensem sangat....TAPI.....aku... kawin jugak dan dapat isteri yang cantik

TIDAK la hebat sangat....TAPI.....aku... dapat jugak seorang cahaya mata

TIDAK la kaya sangat.....TAPI..... aku... tetap hidup bahagia

TENTANG KERJA AKU

TIDAK mempunyai kroni di jabatan kerajaan.....TAPI.....aku... dapat jugak bekerja di jabatan kerajaan

TIDAK pandai membodek dan buat hal sendiri.....TAPI.....aku... berjaya siapkan kerja aku dan aku tidak perlu menjadi lembu yang dicucuk hidung

TIDAK la bagus sangat kerja.....TAPI.....bos aku sayang aku, dia bagi jugak aku kerja banyak2, kerana bagi aku, kerja yang banyak merupakan penghargaan buat diri aku

TIDAK la pandai sangat berniaga.....TAPI.....aku... berjaya menghasilkan pendapatan sampingan setiap bulan

TIDAK ada 2 buah kereta dan pergi kerja naik moto.....TAPI.....aku... berjaya menjimatkan minyak dan duit penjimatan tersebut aku dapat simpan

LAIN-LAIN

TIDAK la rajin sangat kat rumah.....TAPI.....aku... sering berebut-rebut dengan isteriku untuk membuat kerja-kerja rumah

TIDAK la pandai sangat jaga anak.....TAPI.....sekurang2nya aku pandai jugak tukarkan pampers anak

TIDAK la mempunyai banyak harta.....TAPI..... aku... ada sebuah kereta buruk dan 2 biji motor buruk...tapi aku tetap happy

p/s : Sebenarnya apa yang penting dalam hidup aku, aku perlu bersyukur dengan apa yang ada, kadang2 hidup ni x semuanya aku kene happy, tak setiap masa aku kene ketawa, kadang2 kene jugak sedih dan menangis. Tapi sejak aku bergelar bapa kepada seorang anak ni, hidup aku bertambah bermakna dan bertambah berkat....oh!!! syukur yang amat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...