Wednesday, January 27, 2010

BERIBADAH PUN NAK KENE ADA ILMU

Salam kepada pembaca blog semua...

Bukanlah niat aku untuk menunjuk2, jauh sekali untuk membangga diri, aku pun macam korang semua, mungkin lebih rendah ilmu agama.

Ni nak berkongsi cerite sikit sewaktu aku berjalan2 di Plaza Angsana Johor Bahru.

Aku sampai pun kebetulan dah masuk waktu magrib. Aku terus ke surau yang ada. Tengok memang penuh dengan jemaah. Aku ambil air sembahyang.

Iman dah duduk tahiyat akhir. Sebelah kiri dan kanan aku, mereka berdua baru masuk untuk berjemaah bersama. Kami membaca niat makmum, dan terus turun ke tahiyat akhir memandangkan iman waktu tu dan tahiyat akhir menandakan dah nak tamat solat.

Imam memberi salam...kami bertiga terus naik seperti biasa menyambung baki rakaat yang tertinggal.

Lepas aku bertahiyat awal, aku tengok orang sebelah kanan aku dah duduk tahiyat akhir...aku biaselah, iman pun tak kuat mana, so macam tertengok2 sikitla, tapi tak la sampai terbatal solat aku...

Dia memberi salam...

Aku dan orang disebelah kiri ku teruskan solat dengan menambah 1 rakaat lagi baki yang tertinggal....

Dan....memang benar, orang sebelah kananku cuma solat magrib 2 rakaat jer...

Aduh!!! aku yakin aku betul...tapi kenapa mamat sebelah kanan aku tadi cuma tambah 2 rakaat jer lagi....

p/s : Beribadah pun nak kene ade ilmu, bukan main hentam jer, nanti tak dapat apa2, rugi.....

Wednesday, January 13, 2010

PINJAMAN PERUMAHAN

Salam kepada pembaca blog...

Hati2 jika anda membuat pinjaman perumahan. Berikut beberapa nasihat saya sebelum membuat keputusan untuk memilih bank yang menawarkan pinjaman perumahan.

1. Kalau boleh buat servey dan lihat kemudahan yang diberi oleh bank terutamanya bab interest, pastikan anda benar2 faham dan bab2 lain pun sama. Faham betul2.
2. Hantar dokumen yang diperlukan oleh pihak bank selengkap-lengkapnya. Dan bila hantar kepada bank, minta bank semak dahulu, ada tak dokumen lain atau dokumen sokongan yang diperlukan.
3. Tanya kepada bank, berapa lama tempoh masa kelulusan bank, sama ada 2 minggu, 3 minggu, sebulan, 2 bulan, dan jangan sampai 9 bulan 10 hari,  mengambil masa yang terlalu lama.
4. Setelah itu, kalau boleh setiap minggu buat follow up dengan orang bank tu, jangan tunggu dieorang telefon.

Bukannya apa, kalau nak tunggu dieorang telefon, 1001 alasan dieorang akan bagi. Macam saya ni, buat loan rumah dah sebulan, tapi masih belum dapat2 jawapan. Aduh!!!.. bila call bank, macam2 pulak alasan yang diberi...

So, kepada semua, kalau boleh rajin2 la follow up dengan pihak bank, takut borang permohonan dah dibuat lap meje pula...huhu....

PINJAMAN PERIBADI

Salam kepada pembaca blog.

Saya lihat ramai kawan2 saya yang membuat pinjaman peribadi di bank2 tertentu untuk menutup hutangnya dengan bank2 lama atau dalam bahasa mudahnya 'overlap' tanpa membuat kajian terperinci, dengan mengikut kawan2 dan nasihat daripada pemberi pinjam.

Saya juga telah dimaklumkan oleh rakan2, sekiranya kita meminjam lebih dari satu bank, contohnya 3 bank berlainan dengan kadar interest yang berbeza-beza, lebih baik kita satukan dan mendapat interest lebih rendah. Contohnya :

Pinjam di Bank Rakyat : RM 30,000.00 interest 5.5%
Pinjam di BSN : RM 10,000.00 interest 4.00%
Pinjam di CIMB Bank : RM 15,000.00 interest 4.5%

Pengiraan kawan2 saya ialah dengan mencampurkan 5.5% + 4.00% + 4.5%, so jumlahnya 14%. Kan lebih baik kita pinjam di satu bank dengan kadar faedah cuma 5.00% setahun, tidak 14%.

Begitu lah dari mulut ke mulut, habis satu ofis saya lebih dari 10 orang yang membuat tindakan mencantumkan semua hutang2 mereka untuk mendapat interest yang rendah iaitu 5.00% setahun, bukan 14% setahun, untuk menutup hutang2 mereka di bank2 lain.

Hahaha...

Saya balik kerumah dan dengan bodohnya membuat pengiraan sendiri sebelum membuat keputusan. Saya bukan kata saya pandai, tapi pembaca blog boleh mengira sendiri, benarkah pengiraan di atas??

Setelah mengira, saya membatalkan niat saya untuk membuat personal loan untuk menutup hutang saya dibank2 lain.

Itulah orang melayu kita, main hentam saja, tak tau tentang kewangan, memandai buat andaian, dan kemudian diri sendiri pun  masih tak tau mereka masih untung atau masih rugi.

Setelah pengiraan dibuat, saya dapati kawan saya tu akan kerugian RM54,000.00. Huiiyooo!! sungguh dasyat... memang benar...dan lain2 tu pun rugi banyak... tapi mereka masih yakin bahawa mereka masih untung berdasarkan pengiraan matematik mereka....campur..campur...campur..bahagi....oooo...masih untung sebab tiap2 bulan masih ada gaji...

adios!!!

saya lupa : ofis saya merupakan ofis kedua tertinggi yang membuat perkara2 macamni, termasuklah staf, penolong pegawai dan pegawai...huhu...no komen...

Wednesday, January 6, 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai - Tahun 2010

Salam kepada semua.

Tahun 2009 - Aku anggap tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. Walaupun tahun2 sebelum tu, hidup aku ni memang seolah-oleh panjat gunung, kemudian, jatuh semula, kemudian mendaki semula, jatuh lagi, dan macam2 lagi, tapi bagi aku tahun 2009 boleh aku namakan sebagai tahun yang 'Matang dan Serik' menjadikan aku lebih bersikap hati2, mementingkan diri sendiri, serik dan lain-lain lagi.

Yer!! memang benar, jika ada yang bertanya, kenapa aku matang dan kenapa aku serik, jawapannya tentu sekali ' atas sebab faktor2 persekitaran yang semakin mencabar '

Tahun 2010 - Aku anggap permulaan yang baik kepada semua aktiviti aku setelah aku melalui saat2 getir tahun 2009 menjadikan aku semakin hangus. Aku tidak kecewa, cuma aku lebih matang dan berhati2.

Tahun 2010 ni aku anggap adalah tahun yang paling baik terutamanya dalam membentuk semula kerjaya dan ekonomi aku. Walaupun aku masih bekerja di tempat yang sama, tapi cara bekerja aku perlu ubah, aku perlu lebih kehadapan, menambah ilmu, dan mengecap seberapa banyak kejayaan dalam tahun ini.

Kepada semua pembaca...doakan aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...