Thursday, February 25, 2010

JUTAWAN HARTANAH

Salam...

Sebenarnya saya sedang membaca buku 'Bagaimana hendak menjadi JUTAWAN HARTANAH' tulisan Azizi Ali dan saya ingin berkongsi sedikit kata-kata daripada jutawan kita ni.

'Mengapa ramai orang boleh membuat duit dengan hartanah manakala sesetengahnya kelemasan. Para profesional membuat duit secara konsisten, bukan sekali sekala. Mereka boleh melakukannya dan yang lain-lain cuma menembak dalam gelap, meneka-neka dan membuat keputusan berdasarkan naluri hati semata-mata. Jika mereka berjaya buat duit, ia semata-mata nasib.
Kejayaan seperti itu sukar diulangi kerana mereka sendiri tidak tahu faktor apa yang telah membuat mereka berjaya. Namun begitu, para profesional mampu mengulangi kejayaan mereka beberapa kali. Mereka boleh lakukannya kerana mereka ada satu sistem'

Memang menarik sebenarnya kata-kata tersebut. Sebenarnya minggu lepas saya baru jer beli buku ni kat MPH, harganya RM49.90, kelmarin bukan website Azizi Ali, rupenyer kalau beli online ade diskaun 20%...huhu ..ruginyer aku..

Tapi tak pela, sebab nak dapat ilmu ni mmg kene banyak melabur...

Wednesday, February 17, 2010

RAHSIA PERNIAGAAN DIBONGKAR

Aceh!! tajuk nampak jer macam gempak...

Salam kepada pembaca blog.

Sekarang ni bila kita bukak jer maner2 website perniagaan orang melayu, rata2 kita tengok orang2 kita akan membuka rahsia2 perniagaan mereka. Mereka akan menceritakan terang-terangan apa strategi yang telah digunakan sehingga mereka berjaya mencapai jualan jutaan ringgit.

Langkah2 yang ditunjukkan jelas dan kalau kita ikut, kita akan berjaya. Ada sesetengah strategi perniagaan tu kita boleh download secara percuma jer.

Contohnya kalau kita click pada 'rahsia perniagaan internet, cara membuat duit dengan internet dan lain2 lagi yang seumpamanya, berlambak dan mereka2 ini mengajar kita bagaimana membuat duit dengan internet. Mereka2 ini hari2 akan menghantar emel kepada pelanggan memberitahu apa yang pelanggan kena buat untuk berjaya seperti mereka. Bukan internet saja, try la click apa2 perniagaan lain, mmg berlambak yang menceritakan strategi2 perniagaan mereka.

Cuma, jarang2 sekali saya melihat orang cina menulis blog dengan mendedahkan rahsia2 perniagaan mereka. Atau mungkin mereka menulis dalam bahasa cina menyebabkan saya serta pembaca2 melayu tidak dapat membaca tulisan mereka, ataupun jenis perniagaan mereka ini berbeza menyebabkan mereka tidak perlu mendedahkan rahsia perniagaan mereka.

Sebagai contoh, orang cina banyak terlibat dengan perniagaan menjual kereta, mengecat kerete, ketuk kereta, aksesori, ekzos, cermin, ekon, dan banyak lagi.

Tapi memang saya tak jumpa mereka2 ini mendedahkan 'rahsia membuka perniagaan aksesori kereta' 'rahsia menjual cermin kereta dengan mudah' dan lain2 lagi yang seangkatan dengan mereka.

Adakah strategi2 yang digunakan oleh orang kita tepat sekali?? atau strategi orang cina yang tidak mendedahkan rahsia perniagaan mereka kepada umum tepat sekali?? atau bergantung kepada jenis perniagaan yang kita gunakan??

Pandang sekeliling kita, siapakah yang memiliki empayar perniagaan yang besar2 dan banyak, juga mampu menyewa premis2 perniagaan besar, juga pasar raya besar??

Kadang2 saya lihat, orang2 kita lebih banyak menjual motivasi daripada produk atau perkhidmatan mereka.

Fikir2 kan lah...

Wednesday, February 10, 2010

RUMAH KU SYURGAKU

 - Maklumat dari pejabat lawyer...

10 Februari 2010 - aku menelefon ke pejabat lawyer, iaitu salah seorang panel lawyer bank yang aku maksudkan.

Memang benar, jawapan lawyer tu sama seperti apa yang aku jangkakan. Bank tersebut memang lembap dan bile lawyer dah buat surat dan dihantar semula untuk disign oleh pihak bank, makan masa hampir sebulan untuk di sign oleh pengurus bank.

Mudah2an urusan aku dipercepatkan. Masa hanya tinggal lebih kurang 40 hari saja lagi untuk aku settlekan urusan rumah lelong aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...