Monday, August 15, 2011

MURTAD

Asalamualaikum.

Sekarang ni  macam-macam berita yang saya dengar berkaitan murtad dan orang yang bertukar agama ni. Memang agak memeranjatkan apabila bilangan yang murtad semakin hari semakin ramai.

Menjadi tanggungjawab kita semua agar gejala ini tidak berleluasa dan 'menjadikan ia sebagai amalan biasa' dan seolah-olah gejala ini telah menjadi satu tradisi.

Saya juga terasa dosanya kerana murtad ni merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah. Kadang-kadang saya terfikir, apa sebab mereka-mereka ini menukar agama dan apa jalan penyelesaiannya.

Perkataan 'kurang didikan agama' adalah alasan yang kebiasaannya kita dengar. Tetapi golongan ini menukar agama, bukan atas sebab kurang didikan agama, tetapi terdapat juga faktor-faktor persekitaran lain yang mempengaruhi seseorang itu menukar agama.

Apa yang saya lihat, ia lebih kepada KESEMPITAN HIDUP seseoang. Apabila seseorang itu mengalami kesempitan hidup, mulalah pihak2 berkenaan membantu dengan tujuan agar orang tersebut menukar agamanya dan inilah yang kebanyakannya terjadi seperti yang diwarwarkan di dalam akbar semasa.

Kadang-kadang terfikir juga, apa yang tidak kene dengan pihak Kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan untuk membantu golongan-golongan yang susah ini, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sepatutnya membantu mereka-mereka ini.

Baru-baru ini, keluar berita, seorang miskin di Batu Pahat Johor, telah dibantu oleh kaum Cina. Memangla sudah menjadi amalam kita sebagai manusia kene hidup saling bantu membantu, tetapi kalau kaum lain yang terpaksa membantu kaum kita, kita sepatutnya perlu berasa malu dan cuba mencari jalan penyelesaian.

Saya semakin takut apabila semakin banyak bantuan-bantuan yang diberikan oleh kaum lain, maka semakin ramai yang boleh terhutang budi, dan sedikit demi sedikit, agama lain menyelinap masuk kedalam agama islam sehingga menjadikan orang islam itu suka kepada agama lain.

Saya amat berharap agar semua pihak bersama-sama memikul tanggungjawab ini kerana ianya juga menjadi dosa kepada kita semua kalau kita berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...