Tuesday, April 28, 2009
Sunday, April 19, 2009
KEMISKINAN DI BANDAR
Benarkah, orang2 yang tinggal di bandar lebih miskin jika dibandingkan dengan orang yang tinggal di kampung / felda ?
Orang2 yang saya maksudkan tinggal dibandar ini ialah orang yang berpendapatan RM1,000 seorang (bujang) ataupun pendapatan isi rumah RM2k (bagi mereka yang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak)
Jom kite kire kos tinggal dibandar, (dikira berdasarkan bulanan) sewa rumah RM450 (rumah flat), bayar duit kereta RM500, minyak kereta RM250 bil air + elektrik + gas memasak RM100, belanja barang dapo RM450, makan di ofis RM200, bagi duit untuk anak ke sekolah 3 orang RM200, tol RM80 dan semua yang di atas RM2,230 - TIDAK termasuk kes2 lain seperti kerosakan kereta, pergi klinik gigi sakit, beli buku sekolah, yuran anak, buku teks anak, cikgu suruh bayar duit beli baju sukan, nak beli rokok, nak berjalan ke shoping kompleks dan macam2 lagi. So mungkin tiada baki dan SIMPANAN langsung.
Jika kita tinggal di kampung / felda (dikira berdasarkan bulanan) - sewa x payah bayar, bil air + elektrik RM50, gas memasak RM20 , astro (x payah pasang), makan sebulan serumah RM400, makan diluar RM100 (kadang2 g jugak kedai kopi), bagi duit untuk 3 anak yang bersekolah RM120, minyak kereta dan moto RM100, tol - tiada, paking - tiada, jalan2 RM100 (sebab asik bawak anak2 g kebun jer, rokok RM100, dan lain2 lagi. Dan kebanyakan bila kita tinggal di luar bandar, banyak kerajaan bagi kita SUBSIDI seperti pinjaman buku teks PERCUMA, makan RMT PERCUMA, blaja komputer PERCUMA, kelas tambahan PERCUMA, dan macam2 lagi yang percuma.
Sebenarnya kos sara hidup dibandar adalah terlalu tinggi dan orang2 dibandar perlu bekerja keras, kerje lebih masa, buat 2 atau 3 kerja untuk tambah pendapatan dan macam2 lagi sebaliknya orang2 kampung pula, hanya perlu bekerja pada tahap yang minimum, memang la mereka buat kerja teruk seperti potong sawit, tanam padi, nelayan, ambik upah manjat kelapa, dan lain2 kerja yang memenatkan, walaupun hasilnya tidak seberapa tapi cukup untuk menyara kehidupan anak kadang2 sampai 5 atau 6 orang, dan badan pun sihat sebab kerja2 yang dibuat mengeluarkan peluh, dan dikampung juga, terdapat banyak pokok2 yang mengeluarkan BANYAK oksigen yang menyebabkan orang2 dikampung hidup dalam keadaan sihat dan kurang penyakit2 pelik.
So, sebenarnya, pada masa kini, jika kerajaan ingin memberi macam2 bantuan dengan mengatakan 'bantuan kepada orang2 luar bandar' sebenarnya kerajaan juga perlu lihat hakikat sebenarnya yang terjadi ialah 'KEMISKINAN DI BANDAR LEBIH TERUK DARIPADA KEMISKINAN DI LUAR BANDAR'. Jika tidak percaya, kita kira kos2 di atas semula.
p/s : Sebenarnya aku memang kesian tengok hidup orang2 dibandar2 besar seperti Kuala Lumpur ni, dah la rumah flat kene sewa mahal, paking pun berebut nak dapat, dan macam2 pulak nak kene bayar, huhuhu....
LUPAKAN PASAL DIVIDEN JIKA KITA ADA RM10K
Benarkah jika kita menyimpan sebanyak RM10k dalam bank, sebenarnya anggap saja kita tidak ada dividen di tahun hadapan.
Jom kita kira sama2. Katakan kita menyimpan sedikit2 tiap2 bulan, maklumlah gaji pun kecik, so kerje 3 tahun baru dapat simpan duit RM10k, tu pun dah puas ikat perut sendiri, tapi tidak bagi perut orang lain, maklumla, dah ade girlfriends (g/f), so bile keluar jer, mesti nak belanja kan, g/f pulak order mcm minah saleh, fresh orange la, tembikai susu la, susu kambing la, padahal kat umah nak cari milo pun x jumpe, hehe.
o.k, kalau kite simpan RM10k dlm bank, bank akan bayar kite dividen, betul x? berape banyak? Biasenyer kalu ASB kalau x silap saya dalam 9%, so kalau RM10k kite simpan, kite x keluarkan, kita akan dapat dalam RM900 pada tahun berikutnya.
Banyak x RM900 ni??
Harga barang2 naik tiap2 tahun, makanan (tambahan RM100 sebulan), minuman (tambahan RM50 sebulan), minyak(tambahan RM 150 sebulan), insuran kereta (tambahan RM 50 setahun untuk premium jika tiada excident), nak bagi lagi duit lebih kat anak sebab makanan kat kantin dah naik (tambahan RM30 sebulan), tambang teksi n bus pun dah naik (tambahan RM50 sebulan), dan macam2 lagi bende yang naik harga, yang turun harga memang boleh dikira dengan jari.
So, kalau kite kire2 jumlah yang kat atas, ataupun jumlah yang x tertulis kat atas, sebenarnya dividen RM900 yang kita dapat tu hanyalah cukup untuk menampung kos2 yang meningkat setiap tahun, menanggung kos2 kenaikan harga barang setiap tahun.
So, kalau kita ada RM10k dan kita dapat dividen RM900 tu, anggap jer la kita tiada dividen, buat2 x tau jer la duit tu, biakan jer dalam bank, jangan kita anggap RM900 tu besar sangat....
KERETA KESAYANGANKU
Gambar sekadar hiasan
Persoalan akan timbul, benarkah apabila kita membeli sebuah kereta, kita perlu bayar lebih dari yang sepatutnya.
Harga sebuah kereta Malaysia BARU kira2 dalam RM50k. Bila dah dicampur dengan interest, ikat pulak 9 tahun, d/pyment RM5k, interest buat masa ni 4% setahun, so harga setelah ditolak RM5k dan dicampur dengan interest akan jadi RM63k. Bulan2 kene bayar dalam RM583.00.
Selepas pakai 2 tahun, pwr wndw problem, pintu pun bunyi2, lepas pakai 5 tahun, kipas enjin asik rosak, dah ade kemek sane sini, so dalam 7 tahun, ekonomi famly pun dah ok, kereta pun dah makin buruk, warne pun dah kabur, bumbung pun dah mula bocor, tambah pulak dah ada excident 2 kali, so ape nak buat??
Duit pun ade sikit, jual n beli kereta baru.
Hutang kat bank ade lagi RM14k. Tapi tengok2 lepas 7 tahun pakai, kereta dah x laku, dah pakai timbang kilo bile pegi kedai cine, paling banyak pun kedai boleh ambik RM7k, so kire kite kene tambah lagi pulak RM7k, tapi cine tu kata, ' jangan risau ma!, kalau trade in, lu tak payah bayar RM7k ma!! Amacam, mau ka?? Lu tengok kete 2nd pun cantik lagi ma!! enjin manyak bagus!!
O.k. la kalu gitu, ambik jer la kete 2nd.
So, kat sini sebenarnya, kalau kite beli kereta, kite sebenarnya bukan kene bayar bulanan secara minimum, tapi kita kene bayar lebih pulak untuk mengelakkan harga kereta kita lebih rendah dari harga pasaran biase, sebabnya pasaran harga kereta akan jatuh dengan cepat sebab : -
- Banyak kereta tempatan model baru yang keluar
- Kereta import pun masuk banyak
- Kereta 2nd hand lagi la berlambak
So, untuk mengelakkan kita kene tipu dengan sistem kapitalis or what ever sistem yang ada ni, kita perlu buat begini :-
- Beli kereta dengan d/pyment yang besar contohnya jika hrge kereta RM50k, bayar la RM20k
- Jangan ikat terlalu lama sampai 12 atau 9 tahun, ikatla 5 atau 7 tahun jer
- Kalau kereta bukan keperluan, simpan dulu duit tu, menabungla untuk masa depan.
- Lagi senang kalau idup bujang, beli jer motor, jimattt....



