Corat Coret 1
Hari ini, hari ahad, hari bercuti bagi kebanyakan orang yang bekerja termasuklah hari esok kita akan menyambut hari Maulidur Rasul bagi orang-orang Islam.
Alhamdulillah… jika hari ini anda semua dapat membawa keluarga, anak-anak, isteri, ayah dan ibu ke tempat2 yang menarik di Malaysia termasuklah Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah dan lain-lain tempat yang menarik di Malaysia.
Jom pergi melancong : http://www.tourism.gov.my/
Walaupun anda semua sedang bergembira bercuti di tepi pantai, tetapi jangan sampai terlepas pandang jika anak2 anda sedang bermain ombak kerana takut2 jika di telan ombak dan pastikan anak2 anda berada di dalam pengawasan sepenuhnya anda sendiri.
Hari nie saya bersusah payah menyiapkan rumah burung untuk halaman rumah saya. Sebenarnya rumah2 burung ni anda boleh dapatkan di kedai2 dan tidak perlu bersusah payah seperti saya dan harganya juga tidak la terlalu mahal, bergantung kepada saiz, bentuk, jenis kayu dan warna.
Rumah burung :
Tapi bagi saya, penghasilan rumah burung menggunakan hasil kerja tangan sendiri memang berbaloi kerana kita dapat melihat sendiri betapa kreatifnya kita nie di samping dapat menjimatkan duit (bagi yang ekonomi meleset seperti saya) dan memenuhi masa lapang dengan kerja2 yang berfaedah.
Sebenarnya tidak susah untuk menghasilkan rumah burung sendiri (jangan fikir lain yer), cuma perlukan beberapa keping papan (untuk membuat dinding dan atap), kayu keras (untuk membuat tiang) dan kawat mata punai (untuk membuat pintu belakang supaya jika burung masuk, senang untuk kita nampak), cat (untuk mengecat rumah burung yang telah siap) dan beberapa bekas makanan burung yang diletakkan di dalam rumah burung untuk menarik perhatian burung.
Setelah selesai siap rumah2 burung tersebut, jangan lupa letakkan sedikit makanan seperti sekoi dan belalang dan perlu di ingat, jangan letakkan ikan kerana nanti bukan burung yang masuk, tetapi kucing yang akan masuk ke rumah burung anda.
Anda akan berpuas hati melihat burung2 singgah di tempat rumah burung anda dan burung tersebut akan berbunyi ‘terima kasih, terima kasih kerana memberi aku makan’. Dan sekiranya burung2 tidak singgah di rumah burung anda, terdapat beberapa kesilapan yang perlu anda perbetulkan, antaranya :
Mungkin lubang untuk burung masuk terlalu sempit.
Mungkin makanan yang disediakan tidak memenuhi citarasa burung, kerana lain burung lain citarasanya.
Mungkin tiada pemikat (biasanya kita perlu meletakkan burung lain di rumah kita agar burung tersebut boleh memanggil burung2 lain untuk datang)
Ataupun dengan cara lain, anda boleh meletakkan kaset lagu burung untuk memastikan burung2 datang.
Alamak!!! Burung dah mula datang ke rumah burung saya, nanti saya ceritakan lagi… hehe
O.k. Selamat mencuba !!!
