Lagu : Warisan
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cita Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara.....
4 comments :
Pesal tetibe ko menyanyi ni jul....Sedih plak tu bunyi nye??????Ni mesti ade kene mengene dgn isu2 semase yg melande negare..........
Lupe nak tulis...komposer lagu di atas ialah Tan Dr. Nordin Kardi.....skrg ni die UUM punye Naib Canselor.....
Oic..
aritu aku g Labis, ade buat Modul Perakaunan, so,UMNO Bahagian Labis sediakan peserta. So sebelum mula kelas, semua kene nyanyi lagu ni, aku yang menyanyi pun sedih beb!!
...saya pernah menyanyikan lagu ini semasa BTN dahulu.Ianya menaikkan semangat jati diri bermotovasi tinggi untuk berjaya demi agama, bangsa dan negara.Tapi...jika tidak dihayati sepenuhnya dan tidak diamalkan untuk dibuktikan ianya hanya sebagai halua telinga yang lesu.
Post a Comment