Tuesday, October 20, 2009

TONGKAT ALI SATU!!!

Salam kepada pembaca semua...

Saya terpanggil untuk menulis artikel saya ni setelah saya berjumpa dengan beberapa orang2 yang saya anggap berfikiran kampung tetapi logik dan boleh diterima pakai. Yer!! memang betul...boleh diterima pakai.

Orang tu merupakan bapak saya sendiri. Berifikiran logik dan ketinggalan, namun boleh diterima pakai dan memang betul hasilnya. Bapak saya merupakan seorang peniaga yang telah berniaga selama 20 tahun.

Bila bercerita tentang Minuman Tongkat Ali

Bapak saya : Jangan minum tongkat ali, bahaya.

Saya : Kenapa?? Kan bagus sebab melancarkan perjalanan darah

Bapak saya : Banyak kawan2 abah yang dulu giler2 minum tongkat ali ni, sekarang dah tumbang

Saya : Pulak...

Bapak saya : Ko fikirlah sendiri, berapa banyak orang sekarang jual minuman tongkat ali ni, ali cafe la, cni tongkal ali la, kopi jantan la, hari2 mau la, dan macam2 lagi, ade minuman dalam peket kecil2 la, ade yang dalam tin la. Ko fikir la, abah dulu pun pernah cari tongkat ali kat hutan, bukan senang nak jumpa, kalau jumpe pun, kecik jer pokoknya, bukan besar macam pokok balak, dah tu, kalau nak buat tongkat ali, kene la ambik akarnya saja.

Saya : So

Bapak saya : Ko tengok la, kat Malaysia ni kat maner yang orang tanam tongkat ali ni, tongkat ali tu kalau tanam 10 tahun, besar maner?? kecik jer kan, dah tu yang orang buat air minuman itu lah, minuman ini la, maner dieorang dapat tongkat ali??

Pada pemikiran saya, betul jugak, kat maner sebenarnya orang2 ni dapatkan sumber tongkat ali, kalau di tanam pun, kalau 10 tahun pokok tak besar2, macamaner pengeluaran tongkat ali boleh dikeluarkan hari2 dengan skala yang besar, dari maner dieorang dapatkan bekalan...dan saya sendiri tidak pernah membuat kajian dari mana sebenarnya kilang2 yang mengeluarkan produk berasaskan tongkat ali ni mendapatkan bekalan sebenarnya.

Saya bersetuju jika dikatakan 'Tongkat Ali sebenarnya minuman yang berbahaya' kerana kita tidak tahu sumber sebenarnya dan kita tidak boleh amalkan meminumnya selalu.

Kepada peminum tegar tongkat ali, kalau boleh elakkan sebelum anda ketagih, lebih baik anda meminum minuman yang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan seperti buah2an dan lain2 yang anda sendiri tahu khasiatnya.

Sekian...

SEBELUM DAN SELEPAS KAWIN

Mungkin ramai di luar sana yang yang bertanya 'apa yang kita dapat apabila kita sudah kawin??'

Saya sebenarnya ingin berkongsi pengalaman dalam hal bab kawin ni, walaupun perkongsian ni bukan la dari sudut agama semata2, tapi cukuplah dengan apa yang saya rasa  bila bergelar suami hebat soleh ni. Aceh!!! Mesti si isteri saya tergelak bila membaca blog saya ni..hahaha..

Ok..sebenarnya bila lepas kawin ni, kita akan lebih fokus kepada kegiatan malam hari kerja ataupun apa yang kita buat. Jika dulu sebelum kawin kita asik main2 dalam kerja, sekarang bila dah kawin, kita akan lebih berusaha mengejar impian bersama dan merancang bersama untuk berjaya.

Kedua : Selepas kawin, semua kegiatan2 tidak bermoral ataupun yang tak elok dapat kita tinggalkan contohnya pergi ke pusat2 dangdut, pergi main game, snooker, isap rokok berlebihan, melepak tak tentu arah, dan macam2 lagi. Sebabnya kita dah ada penasihat iaitu isteri.

Ketiga : Berkongsi suka dan duka-duka kehidupan. Memang betul, kalau dulu bersedih sorang, bila dah kawin, adelah isteri yang nak dengar masalah suami dan sebaliknya. Bila dah berjaya pula, kita seronok meraikan bersama kejayaan bersama orang tercinta.

Ke empat : Membuang sifat2 tidak baik dalam diri. yerla, dah jadi ketua keluarga, kenalah bertanggungjawab, so, perkara2 yang tak baik dalam diri contohnya sikap panas baran, membenci orang, akan bertukar menjadi nilai2 yang lebih positif dan mententeramkan.

Sebenarnya banyak lagi..tapi cukup la untuk kali ini dulu...hehe..

Wednesday, October 7, 2009

KAD KREDIT

Salam kepada pembaca semua.

Bila semua orang tulis articel pasal kad kredit, tangan aku pun dah mula menggatal nak tulis pasal kad kredit. Ni merupakan pengalaman aku yang pernah bekerja di sebuah stesen Petronas selama hmpir 7 bulan.

Masa tu aku bekerja sebagai cashier jer, hahaha (jangan gelak).

Tiba...tiba... pada satu malam yang dingin..., waktu tu angin sepoi2 bahase..mmg agak sejuk...tiba-tiba...datangla sebuah keluarga menaiki kereta satria neo agak BARU. Keluarga ni terdiri daripada suami, isteri, dan 4 orang anak... aku masih ingat peristiwa ni...jangan risau...ni bukan kisah seram...

teruskan membaca...

Seperti biasa, tugas aku sebagai cashier melayan pelanggan

Aku : 'selamat malam encik, boleh saya bantu'

Tanpa menghiraukan kata2 aku, terus sahaja mereka se family mengambil makanan yang bermacam2 untuk mengalas perut mereka.

Sang suami berpakaian kemas, baju dimasukkan ke dalam, pakai spec hitam lagi, sebijik macam hero hindustan, tapi ni orang kita, dan bangsa kita, iaitu orang melayu.

Selepas mereka semua mengambil apa yang mereka suka, si suami dengan barang2nya ke kaunter aku, letak semua brg2 untuk aku kira, lepas aku scan semuanya, si suami bagi aku kad kredit, sementara aku sahkan pembayaran kad kredit, si suami cepat2 mengambil semua barang2 dan kemudian memasukkan ke dalam kereta mereka, dan kemudian si suami ke kaunter aku semula.

Huhu...sedang aku cuba mengesahkan pembayaran, kad kredit tu mcm x boleh digunakan pulak, dah 3 kali aku cuba tapi x boleh, dan aku terus

Aku : 'maaf encik, kad kredit ni ada masalah, kdg2 kalau musim hujan macamni, line ada problem sikit.

Si Suami : Ehh!! tadi baru saya guna isi minyak..ok jer..

Aku : Saya x sure la encik, dah 3 kali ni try tapi x boleh..

Si Suami : Kalau gitu kejap err...

Rupanya si suami tersebut pergi ke kereta dan mengambil semua barang2 yang dibelinya dan bawa semula ke kaunter aku.

Si Suami : Kalau x boleh guna kad tu saya terpaksa pulangkan balik barang2 ni.

Sambil tu si suami membuka wallet dan menunjukkan pada saya..

Aku : (mmg betul, tiada seringgit pun dalam wallet dia)

Aku terpaksa cuba lagi sampai boleh, ntah berape kali aku cuba, last2 baru ok...

Cukup sampai disini cerita ni. Apa yang aku pelik dan dapat aku buat kesimpulan

1) Orang melayu ni harap gaya jer lebih, poket kosong

2) Orang melayu ni kalau dah pakai kad kredit, x ingat dunia, sampai duit dalam poket pun x, nak beli makan untuk anak2 pun terpaksa pakai kad kredit.

3) Kalau orang cina, kalau kad kredit x boleh guna, cash tetap ada, tu pengalaman aku.

4) Dan cerita di atas sungguh memalukan, terpaksa bergantung pada kad kredit sepenuhnya...

Aku malu melihat orang2 kite ni...

Monday, October 5, 2009

Apa Nak Buat Kalau Kereta Anda...Tiba...Tiba...

Aper nak buat tiba2 kereta anda dilanggar atau disondol dari belakang, tepi, kiri, dan kanan??

Jawapannya mudah... cepat2 minta ganti rugi kepada mereka yang cuai melanggar kereta anda.

Sebenarnya dah 2 kali ketera saya dilanggar.

Cerita pertama : Sewaktu isteri saya sedang memandu kereta ke tempat kerja. Tiba di satu tempat, seorang wanita tua (sory, terpaksa berterus terang, umurnya mencecah 40 tahun lebih) tiba2 kereta wanita tersebut mengundur dan tanpa menoleh kebelakang, terus melanggar kereta isteri saya.

Dipendekkan cerita, dia telah memarahi isteri saya mengatakan isteri saya yang bersalah. Sebenarnya wanita tersebut yang mengundur kereta dengan laju tanpa menoleh kebelakang. Dipendekkan lagi cerita, wanita tersebut telah meminta gantirugi pula drp isteri saya supaya membayar gantirugi keretanya. Tapi, siapa pula yang nak gantirugi kereta saya. Mengenangkan wanita tersebut adlh orang melayu, saya pun malas cari gado dan repair sendiri kereta saya. RM300 melayang duit saya.

Cerita kedua : Sewaktu saya menghantar isteri saya ke tempat kerja, tiba dipersimpangan, saya bersama kereta2 lain berhenti untuk belok ke kanan. Anak dan isteri saya masa tu dibelakang. Tiba2 sebuah kereta mercedes buruk dari belakang telah melanggar kereta saya. Flat kereta tersebut JGL 6269. Saya lihat kereta saya sedikit remuk dan dianggarkan kos baik pulih adalah RM150 sahaja.

Pemandu melayu tersebut turun. Dialog nya macamni :

JGL 6269 : Sory encik, tadi saya terlelap sekejap, malam tadi saya balik dari KL jam 3 pagi. nanti encik pg kedai kereta, tanyer kosnya dan saya akan bayar nanti.

Saya : Ok.

Sebenarnya saya hanya sempat mengambil nombor telefon dan nmbr flat keretanya sahaja. Selang bebeberapa hari saya msg kepada JGL 6269 tersebut menyatakan kos membaiki kereta tersebut dan dia menyatakan suruh saya bagi nmbr akaun saya.

Namun sekarang dah 2 bulan lebih, saya masih tidak menerima apa2 bayaran dari JGL 6269 tersebut. Hari raya hari tu saya telah memberi msg yang terakhir. Bunyinya lebih kurang begini..

Saya : En Johari, saya x kisah jika en Johari tidak membayar kos membaiki kereta saya, tapi saya cuma menganggap itu lah kos yang perlu en Johari bayar pada saya kerana anak saya menangis ditmpt duduk belakang sewaktu en Johari melanggar kereta saya.

Sebenarnya saya malas nak buat report sebab baikpulih kereta saya cuma RM150 bukanlah besar sgt. Tapi tu la hakikatnya orang melayu. 'berlagak sibuk dan memakai mercedes, tapi haprak pun x, poket kosong. Saya bukan marah sebab kereta saya dilanggar, tapi saya marah sebab anak saya terperanjat menangis di pagi hari.

p/s : Sekiranya kereta anda dilanggar, seboleh2nya minta gantirugi dengan segera. Dan sekiranya anda tau siapa pemilik kereta mercedes buruk di atas, bolehlah sampaikan salam takziah padanya...Sekian...

Fikir Positif!! Fikir Positif!! Fikir Positif!!

Salam kepada pembaca semua.

Fikir positif!! Fikir positf!! Fikir positif!!

Sebenarnya tu lah rahsia kejayaan yang telah lama diamalkan oleh orang2 yang berjaya sebelum kita. Ramai yang cuba menyelongkar rahsia kejayaan ni sehinggalah saya sendiri telah mengamalkan dan telah melihat sendiri hasilnya. Saya telah melihat dan mengkaji sendiri, mengapa mereka boleh berjaya, mengapa mereka boleh menjadi pengarah, CEO, saintis, ahli politik, ahli perniagaan yang berjaya dan mengapa mereka boleh menjadi orang yang kaya raya, pemimpin hebat dan lain2 lagi, formulanya mudah, mereka sebenarnya orang yang berfikiran positif dan mengejar bersungguh2 kejayaan mereka.

Kebanyakan orang2 yang berjaya ni, apabila mereka mengeluarkan idea2 baru untuk diketengahkan, macam2 lah tohmahan dan ancaman yang diterima daripada pihak luar kononnya idea yang diketengahkan tidak realistik, gile, tidak boleh digunapakai dan bermacam2 lagi dan ade jugak yang menolak mentah2 idea yang diketengahkan.

Sebenarnya bukan mudah untuk kita mempengaruhi orang lain agar menerima idea kita terutamanya idea2 baru yang ataupun idea2 yang jarang kita dengar. Saya teringat cerita apabila Genting Hingland hendak diwujudkan, bukankah ramai yang mengatakan itu adalah kerje gile, dan hasilnya kita dapat lihat skrg ini.

Jadi kepada mereka2 yang cuba mengetengahkan idea2 baru, janganlah anda terus kecewa dan berpatah balik dengan perjuangan yang anda bina sendiri, cubalah yakinkah bahawa idea anda itu boleh diterima dan boleh digunapakai.

Selamat berjuang!!!

SeLaMat HaRi RaYa AiDiLfitRI

Salam kepada semua.

Sempena bulan baik ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Jemput2la datang kerumah saya...

Nasihat Yang Perlu Anda Bayar

Salam kepada pembaca blog sekalian...

Kebanyakan dari kita sering mendapat nasihat percuma daripada rakan2. Kadang2 ada sesetengah nasihat tu yang boleh kita terima pakai dan kadang2 nasihat tu tidak boleh digunakan kerana tidak sesuai untuk diri kita.

Nasihat yang saya maksudkan disini bukanlah sekadar nasihat berbentuk pelaburan, kadang2 nasihat tu juga berbentuk dorongan daripada seseorang kepada kita agar kita memperbaiki kesilapan kita. Ada juga nasihat tu bebentuk motivasi diri, termasuklah nasihat2 berkaitan agama dan lain-lain hal berkaitan.

Sekiranya kita hendak mendapatkan nasihat berbentuk kewangan, biarlah daripada orang2 yang pakar dalam bidang berkenaan, sekiranya kita perlu membayar harga nasihat tu, kita bayarla, agar kita berpuas hati dengan hasilnya, nanti.

Kadang2 nasihat percuma ni boleh juga diterima pakai, tapi perlulah dikaji terlebih dahulu sebab ade sesetengahnya berunsur untuk 'kepentingan peribadi'.

Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...