Tuesday, October 20, 2009

TONGKAT ALI SATU!!!

Salam kepada pembaca semua...

Saya terpanggil untuk menulis artikel saya ni setelah saya berjumpa dengan beberapa orang2 yang saya anggap berfikiran kampung tetapi logik dan boleh diterima pakai. Yer!! memang betul...boleh diterima pakai.

Orang tu merupakan bapak saya sendiri. Berifikiran logik dan ketinggalan, namun boleh diterima pakai dan memang betul hasilnya. Bapak saya merupakan seorang peniaga yang telah berniaga selama 20 tahun.

Bila bercerita tentang Minuman Tongkat Ali

Bapak saya : Jangan minum tongkat ali, bahaya.

Saya : Kenapa?? Kan bagus sebab melancarkan perjalanan darah

Bapak saya : Banyak kawan2 abah yang dulu giler2 minum tongkat ali ni, sekarang dah tumbang

Saya : Pulak...

Bapak saya : Ko fikirlah sendiri, berapa banyak orang sekarang jual minuman tongkat ali ni, ali cafe la, cni tongkal ali la, kopi jantan la, hari2 mau la, dan macam2 lagi, ade minuman dalam peket kecil2 la, ade yang dalam tin la. Ko fikir la, abah dulu pun pernah cari tongkat ali kat hutan, bukan senang nak jumpa, kalau jumpe pun, kecik jer pokoknya, bukan besar macam pokok balak, dah tu, kalau nak buat tongkat ali, kene la ambik akarnya saja.

Saya : So

Bapak saya : Ko tengok la, kat Malaysia ni kat maner yang orang tanam tongkat ali ni, tongkat ali tu kalau tanam 10 tahun, besar maner?? kecik jer kan, dah tu yang orang buat air minuman itu lah, minuman ini la, maner dieorang dapat tongkat ali??

Pada pemikiran saya, betul jugak, kat maner sebenarnya orang2 ni dapatkan sumber tongkat ali, kalau di tanam pun, kalau 10 tahun pokok tak besar2, macamaner pengeluaran tongkat ali boleh dikeluarkan hari2 dengan skala yang besar, dari maner dieorang dapatkan bekalan...dan saya sendiri tidak pernah membuat kajian dari mana sebenarnya kilang2 yang mengeluarkan produk berasaskan tongkat ali ni mendapatkan bekalan sebenarnya.

Saya bersetuju jika dikatakan 'Tongkat Ali sebenarnya minuman yang berbahaya' kerana kita tidak tahu sumber sebenarnya dan kita tidak boleh amalkan meminumnya selalu.

Kepada peminum tegar tongkat ali, kalau boleh elakkan sebelum anda ketagih, lebih baik anda meminum minuman yang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan seperti buah2an dan lain2 yang anda sendiri tahu khasiatnya.

Sekian...

2 comments :

  1. Dato-83 said...

    Yg dah ketageh minum kacep Patimah plak cmne jul????

    P/S:Lepas ni ko balik nitar mau kene kutuk dgn penghulu kampung ko si "Ali Dares" tue...ye laa...bukan ko tak tau "tongkat ali" ni bisnes turun temurun die...????!!!!hehehehhehe....

  2. Skudai Apartment Homestay said...

    hehe.. Ali deris xpe beb, jangan Ali Setan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...