Thursday, September 23, 2010

APA YANG PALING DIGERUNI DI DALAM PENJARA??

~ sekadar gambar hiasan ~

Tuan-puan yang saya hormati sekalian.

Jika ditanya, apakah perkara2 yang paling digeruni oleh banduan2 sebelum masuk penjara?? Cuba tuan-puan bayangkan apa perkara yang paling digeruni oleh tuan-puan SEKIRANYA tuan/puan disumbatkan di dalam penjara??

Mungkin di kepala tuan-puan terbayangkan :

1) Pengawal penjara - kerana mereka akan menyepak dan menerajang tuan -puan kalau melakukan kesilapan ;
2) Makan dan minuman yang tidak sedap;
3) Tidur yang tidak lena;
4) Penyakit-penyakit berjangkit;
5) Banduan-banduan penjara

Dan jawapan yang paling banyak adalah, 'saya tidak tahu' kerana saya belum pernah dimasukkan ke PENJARA. Memang tepat jawapan itu!!

Tuan-puan yang saya hormati sekalian.

1) Pengawal Penjara
Jika jawapan tuan-puan adalah yang pertama iaitu Pengawal penjara, jawapan tuan-puan adalah meleset sama sekali. Pengawal penjara begitu baik sekali, mereka tidak memukul banduan sesuka hati mereka, kecuali sekiranya tuan-puan melakukan kesalahan seperti bergaduh, mengamuk tak tentu pasal, mencedok air berlebihan untuk mandi (merupakan kesalahan besar kerana banduan dibenarkan mandi sebanyak 7 gayong sahaja - tertakluk kepada tempat dipenjarakan) dan sebagainya.

Sebelum saya terlupa, ingin saya mengingatkan tuan-puan bahawa niat saya bukanlah mahu tuan-puan duduk di dalam penjara, tapi agar tuan-puan mendapat gambaran bagaimana siksanya duduk di dalam penjara, dan seterusnya tuan-puan sentiasa menjaga tingkah laku anak tuan-puan.

Ok, berbalik kepada cerita di atas tadi, jawapan untuk yang pertama SALAH, jawapan yang kedua betul, jawapan yang seterusnya betul dan betul kemudian betul dan paling berbahaya adalah jawapan yang terakhir iaitu 'Banduan-Banduan Penjara'.

Kita akan cuba ulas topic2 berikut satu persatu.

2) Makanan Dan Minuman Yang Tidak Sedap.

Tuan-puan yang dihormati sekalian.

Di dalam penjara, makanan yang disediakan jauh berbeza dengan makanan yang boleh di dapati di luar ini, makanan di dalam penjara memang TIDAK sedap langsung. Sepengetahuan saya, tuan-puan akan diberi makan sebanyak 3 kali sehari iaitu pagi, tengahari dan petang. Minuman 'teh o' yang rasenyer seperti air masak menjadi air minuman terbaik di dalam penjara, selain itu, biskut keras menjadi santapan ter enak tuan-puan. Nak makan ayam?? Yer!! tuan-puan jangan risau, tuan-puan pun boleh dapat makan ayam, tapi seminggu cuma 2 kali sahaja. Cukup kan tuan-puan??
Sedap tuan-puan??

Sepatutnya tuan-puan kene bersyukur kerana masih diberi makan oleh KERAJAAN MALAYSIA setelah tuan-puan melakukan kesilapan.

Berbalik kepada cerita tadi, makanan tersebut sekadar cukup memandangkan tuan-puan tidak bekerja, dan menumpukan sepenuhnya tenaga kepada tembok2 dan jeriji besi.

3) Tidur Yang Tidak Lena

Memandangkan tuan-puan hanya dibekalkan dengan baju dan seluar pendek, tentu sekali tuan puan akan berasa sejuk di malam hari, tuan-puan jangan risau, sudah saya katakan, kita mendapat KERAJAAN MALAYSIA yang baik, sudah tentu tuan-puan masih boleh tido beralaskan bantal dan tilam.

Cukup?? tentu cukup. Memangkan tuan-puan tidur tanpa kehadiran isteri / anak2, sudah tentu tuan-puan akan bermimpi ngeri di malam hari (emm...akan saya cerikan apa mimpi ngeri tu sebentar lagi)

4) Penyakit-Penyakit Berjangkit

Banduan-banduan penjara ada yang terperuk tanpa mendapat cahaya matahari. Keadaan bilik-bilik yang gelap, lembap, menyebabkan banduan mudah mendapat penyakit berjangkit. Banduan yang masuk ke situ juga ada yang berpenyakit seperti TB, kurap, gatal-gatal, dan lain-lain lagi. Termasuk juga ramai banduan yang berpenyakit HIV dan AIDS. Huh!! memang mengerikan...

Topic seterunya ...Jeng!! Jeng!! Jeng..

5) Banduan-Banduan Penjara

Tuan-puan, ni merupakan topic yang paling panas dan begitu menarik sekali, tapi malangnya seperti biasa, masa mencemburui kita, kita sambung topic ini ke episod seterusnya....

Topic seterunya anda akan didedahkan dengan : -

"aku tidak sanggup memasuki penjara"

Nantikannya....di blog azezul.blogspot.com

3 comments :

  1. Fety Ayu said...

    Seram plak aku bace crite ko .... ape la yg akan jd seterus nyeee.....

    P/S : Baik punye sedotttt bro .....hahahahaha.....

  2. azezul said...

    Hehehe...ko jangan seram, ni criter biase2 jer, sekurang2nya ko perlu tau apa persediaan ko sebelum ko dimasukkan ke dalam penjara...hahaha

    p/s : sedut sebenarnye lebih sedap dari membuang...

  3. Anonymous said...

    Ko cite ape ni bro?ABG Aku pnah jd penghuni penjara pudu n Kajang..soal makanan?cube tanye..brape peruntukan kerajaan ?bg makan mcm bg kt binatang..penah bubur kanji abg Aku bcampur dgn taik kucing..tpakse kuis n mkan JUGAK sbb lapar?Aku x nafikan ade pegawai penjara yg BAIK-tp??? Ade KORANG blh pk x..mcmane DADAH blh dijual dlm penjara?klu bukan warden or ' cikgu' yg bwk msuk?Makan rasuah?bile bandana mintak nk jumpe pengarah penjara...blik2 pengarah x de?ko pk???KORANG Ingt seme org kt penjara tu bsalah KE?DAN ALHAMDULILLAH...ABG AKU TERSELAMAT DR TALI GANTUNG..39b...kes KENE naya dgn kwn BAIK SENDIRI...Pape pun..KENE Ingt...BANDUAN PUN MANUSIA...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...