Monday, January 10, 2011

MODUL PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Salam 1 Malaysia.

Apa kabar usahawan-usahawan Johor semua? Moga-moga tahun 2011 ini memberi lembaran baru agar usahawan-usahawan semua terus berusaha menempuh kejayaan dan kecemerlangan dalam perniagaan masing-masing.

Untuk makluman semua, program modul perakaunan yang dahulunya dijalankan pada tahun 2009 dan 2010 ini akan tetap diteruskan pada tahun 2011, memandangkan asas perakaunan ini sangat penting dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta kursus.

Untuk makluman semua juga, asas perakaunan ini akan menekankan aspek-apek sebagaimana berikut :

Sesi 1 – Pengenalan kepada asas perakaunan

- Apa itu perakaunan dan kepentingannya
- Dokumen-dokumen yang digunakan dalam urusniaga
- Perakaunan kos : jenis-jenis kos

Sesi 2 – Sistem Perekodan
- Kitaran perakaunan
- Persamaan perakaunan
- Penggunaan buku tunai
- Penyata kewangan

Sesi 3 – Pengiraan untung rugi dan penyata penyesuaian bank
- Menyediakan penyata untung rugi
- Menyediakan penyata penyesuaian bank

Sesi 4 – Simulasi
- Menyediakan rekod perakaunan dengan lengkap berdasarkan dokumen-dokumen sebenar yang di gunakan di dalam perniagaan.

MAKLUMAT TAMBAHAN :

  • Terbuka kepada usahawan-usahawan Bumiputera Johor
  • Tenaga pengajar adalah pensyarah2 berpengalaman.
  • Bermula jam 8.00 pg - 5.30 petang
  • Modul adalah secara teori dan 'hand on'
  • Sijil penyertaan akan diberikan setelah tamat kursus.
  • Tempat adalah terhad.

Sekiranya berminat boleh hubungi saya.

Terima kasih.

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kalau nak buat bisnes sedikit sebanyak perlu tahu pasal perakaunan perniagaan nie...

PS :Tahniah TS.....Blog berwajah baru.....
My recent post Salah SiapaKemalangan Pesawat Air Asia di Kuching……
Salam, kalau usahawan dari perak boleh join x kursus perakaunan perniagaan ni? bila lagi akan diadakan kursus seperti itu? saya berminat utk menghadiri, tetapi saya di Perak.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...