Thursday, September 3, 2009

Salam Ramadhan

Salam kepada pembaca semua.

Rasenyer dah lama saya x update blog ni. Sejak akhir2 ni saya sibuk dengan kerja di pejabat, bisnes kuih raya dan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan syawal.

Saya rasa buat masa ni pun ramai usahawan2 kita yang berhempas pulas membuat marketing bagi memasarkan produk2 mereka. Syabas saya ucapkan kepada peniaga2 di luar sana.

Kepada mereka yang x berminat berniaga dan x buat apa2, tahniah juga saya ucapkan kerana anda dapat meluangkan masa bersama keluarga dan melebihkan beribadat kepada Allah.

Sedarkah anda, keuntungan meniaga di bulan ramadhan ni mmg banyak sekali?? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ni.

Semasa saya tinggal di Kuala Lumpur, setiap petang saya akan ke bazar ramadhan, maklumkan masa tu belum berumahtangga. Kadang2 bila teringin makan nasi beriani, saya akan beli, harga nasi beriani x mahal, beriani kambing cuma RM6.00 sahaja. Tetapi bukan itu yang nak saya perbincangkan.

Begini ceritanya. Pakcik yang menjual nasi beriani ni menjual nasi beriani dan terdapat 5 jenis lauk dan diletakkan dalam 5 periuk yang besar. Dalam satu2 periuk tu, ada la dalam 50 ketul ayam, kambing, lembu, dan lain2 jenis lauk beriani lagi.

Ok, dipendekkan cerita, setiap kali hampir berbuka, saya lihat semua lauk beriani tersebut HABIS dijual, hampir setiap hari begitu. Cuba kita anggarkan pendapatan pakcik tu dalam sehari.

5 periuk x 50 ketul = 250 nasi beriani.
250 nasi beriani x RM 6.00 setiap satu.

So, jumlahnya tentu RM1,500 sehari!!! Dan darab pulak dengan 30 hari ramadhan = RM45,000. Yer memang betul RM45,000 sebulan. Tapi itu adalah keuntungan kasar belum ditolak dengan kos sebenar lagi.

Ok, kebiasaan keuntungan perniagaan adalah lebih kurang 30% - 40% dari pendapatan kasar. So, 30% daripada RM45,000 lebih kurang RM13,500. Ok la kan dapat gaji RM13,500 sebulan dalam bulan puasa.

Sebenarnya ramai lagi peniaga yang buat duit giler2 dibulan ramadhan ni. Pernah saudara saya mengatakan seorang kawannya yang menjadi orang tengah untuk menjual kuih raya boleh meraih pendapatan RM15,000 sebulan.

So, bayangkanla...daripada kite melepak dan menghabiskan masa menonton astro dan lain2 kerja yang kurang berfaedah, lebih baik kite berniaga di bulan puasa ni.

Selamat berniaga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...