Tuesday, April 27, 2010

AKU JELEK DENGAN BERITA TV 3

Salam 1 Malaysia

Malam ahad lalu, aku sempat mengikuti berita TV3, biasenyer memang jarang aku tengok berite ni, kecuali part2 tertentu jer, sebabnya berite TV3 ni kadang2 membosankan, aku lebih rela melayan karenah anakku melihat karton 'upin dan ipin' daripada melayan berite2 yang kadang2 tak berfaedah ni.

Bukanlah semua berite tu tak bagus, tapi pemilihan berite2 panas tu perlu disesuaikan dengan waktu dan masa siaran berite tersebut. Jam 8.00  hingga 9.00 malam tu, memang kebanyakan orang beristirehat dan waktu tu juga memang masa yang paling sesuai untuk orang mendengar berite2 terkini, so berite2 yang berinformasi tinggi sepatutnya diketengahkan berbanding berite2 'murahan' dan biasa2 saje.

Tajuk Berita : NAIB CANSELOR UUM kalah kes

Tan Sri Nordin Kardi diminta membayar denda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injuksi yang dibuat Mahkamah Tinggi yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Sebenarnya berita2 seperti diatas tidak patut dimasukkan sebagai berita jam 8.00 ni kerana ianya adalah benda yang sangat memalukan seseorang Naib Canselor. Aku tau dia bersalah, tapi kesalahan tersebut seolah2 dimalukan dengan memaparkan di dalam berita. Cuba saudara berfikir, apakah pandangan pelajar2 UUM jika membaca berita begini? Sudah tentu beliau kecewa dan akan kurang rase respek mereka kepada Naib Canselor mereka dan orang2 luar / masyarakat akan seolah2 menghina NC tersebut.

Aku rase cukuplah jika ianya dimasukkan di dalam akbar saja, tidak perlu didedahkan di dalam berita jam 8.00 ni. Aku bukanlah ex student UUM, tapi aku terase la jugak jika seorang Naib Canselor dimalukan begini kerana mereka merupakan orang pertama dalam Universiti dan orang yang berjaya menguruskan universiti, melahirkan graduan2 yang berkualiti untuk pembangunan negara. Aku tidak kisah jika ahli politik yang dimalukan kerana mereka memang sudah biasa dengan perkara2 yang sebegini rupa.

Sebenarnya banyak lagi berita2 yang biasa2, tetapi dimasukkan dalam berita jam 8.00 ni. Aku rase lebih elok jika berita2 berkaitan benda2 positif diketengahkan agar dapat mengubah pemikiran rakyat Malaysia.

1 Malaysia
Rakyat DiDahulukan
Pencapaian DiUtamakan

3 comments :

  1. dila~noor said...

    ye betul!!sebagai org yang bekerja di universiti,Naib canselor tu umpama seorang Perdana Menteri..bila die dimalukan sebegitu rupa,sangat menyedihkn..kerana orang awam meletakkan cendekiawan di tempat yang tak sepatutnya..
    dan,kenapa pulak menghalang universiti tersohor dalam bidang pengurusan untuk menjalankan MBA..sangat pelik..
    masyarakat perlu diberitahu perkara penting yang boleh membangunkan kemampuan intelek..bukan dengan berita sensasi yang sekadar sedap didengar,tapi tak dapat dimanfaatkan...

  2. Skudai Apartment Homestay said...

    tq atas pandangan...

  3. Fety Ayu said...

    VC aku tue Jul.Sebagai student UUM memang ade skit la rase kesan nya.Kami memang ade bincang pasal hal nie.Tak kurang jgk ramai yang mempertikaikan kredibiliti nye sbg VC.

    Seolahnya kesalahan itu terlalu besar dan tidak boleh dimaaf kan sampai hendak dipampang kat tv.Ape nak buat.Dah nasib badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...