PENGALAMAN DI PUSAT SERENTI
~ sekadar gambar hiasan ~
Salam 1 Malaysia.
Tuan - puan yang saya hormati sekalian.
Saya masih teringat pengalaman saya menghantar seorang banduan yang melarikan diri dari salah sebuah pusat serenti. Mula-mula memang agak menghairankan bagaimana (jika dipusat serenti, banduan di panggil pelatih) pelatih boleh melarikan diri dari pusat serenti.
Mungkin kawalan kurang ketat atau bagaimana??
Seingat saya ketika tu tahun 2002, waktu saya masih menuntut di Universiti lagi. Saya bersama rakan memandu kereta ke Stesen Bus Puduraya untuk mengambil pelatih tersebut. Biasala hidup saya ni, suka membantu orang2 susah, saya tidak mengira bangsa dan agama, bagi saya, kalau perlu tolong, memang patut di tolong, tidak kira la jahat, baik, alim2 kucing, kaki masjid, kaki arak, pelcur jalanan dan sebagainya. Niat mesti baik.
Selepas mengambil pelatih tersebut, hampir 1 jam perjalanan, sampaila saya ke salah sebuah pusat serenti (namanya dirahsiakan).
Berhenti di hadapan pintu utama Pusat serenti dan dihadapan pondok pengawal keselamatan.
Assalamualaikum.... jerit saya...
Namun tiada jawapan.
Assalamualaikum...jerit saya dah kawan saya.
Namun tiada juga jawapan.
Setelah berulang kali dijerit, hanya kedengaran bunyi TV terbuka di dalam pondok keselamatan tersebut.
Tuan-puan jangan risau, ini bukan cerita seram atau cerita hantu, cuma manusia saja yang suka menjadi hantu.
Saya lihat pagar memang tidak berkunci, lalu saya membuka sendiri pagar utama, masuk bersama rakan dan pelatih yang ingin menyerah diri. Setelah dilihat, rupanya pengawal keselamatan sedang nyenyak tidur. Mungkin terlalu penat dan keletihan di siang hari.
Saya memberanikan diri memberi salam, mengejutkan pengawal tersebut, memperkenalkan diri, dan menyerahkan pelatih yang melarikan diri.
So, tuan -puan yang dihormati sekalian.
Berbalik kepada persoalan tadi, bagaimana pelatih2 ini boleh melarikan diri??
Jawapan ada di tangan tuan-puan...
Kita minum dulu!!!!
(mungkin kini keadaannya telah berubah - ini merupakan pengalaman penulis pada tahun 2002)
4 comments :
guard letih cari pelatih yg melarikan diri tu kot..tu yg tetido
mungkin kot...
haha.. Kalau aku, aku beli pistol air. Aku tembak pak guard tu. Harapkan pagar, pagar makan padi. Guard dgn pagar tu same je.. Hahaha..
tu la pasal...tu sebab dulu banyak terjadi pelatih lari dari pusat
Post a Comment