Tuesday, December 21, 2010

PENJARA SUNGAI UDANG MELAKA

Salam Kepada Semua.

Lama sudah aku tidak meng 'update' blog aku ni, maklumlah kerana sibuk dengan pekerjaan sendiri, sampai tidak ada masa nak update blog ni. Tanggal Disember 2010, aku berkesempatan melawat Penjara Sungai Udang, Melaka. Benar kata orang, penjara ni memang penjara baru, banduan pun masih belum ramai lagi, persekitaran memang cantik dan yang paling aku suka adalah staf-staf penjara yang muda-muda dan baik-baik belaka, tidak seperti penjara yang pernah aku pergi sebelum2 ini, dimana semuanya melihat kite seolah-olah kite ni penyamun negara, melayan kita juga seperti seorang penjenayah negara.

Bagi aku, manusia semua pernah membuat kesilapan, sama ada kecil ataupun besar, sama ada ditangkap polis, dibawa ke muka pengadilan, atau kesilapan dan dosa tersebut dibawa terus ke liang lahat. Maka warisnya, juga manusia biasa, punya hati dan perasaan, punya tanggungjawab dan terus menerus memberi semangat supaya mereka2 ini berubah apabila keluar.

Berkesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada staf2 penjara, bermula dari pengawal keselamatan di pintu hadapan, sehinggalah ke meja pendaftaran banduan, semuanya mengamalkan sikap yang mesra pelanggan dan tidak menganggap pelawat juga sebagai banduan kerana yang berada di dalam penjara adalah banduan, tetapi tidak mereka yang datang melawat. Aku amat berharap agar penjara2 lain juga mencontohi sikap2 mereka ini. Mesra bukan bererti kita leka dan bukan bererti kita tidak tegas.

Ok, sebenarnya nak cerita jalan menuju ke Penjara Sungai Udang ni. Untuk pergi ke penjara ni memang tak la susah, keluar tol ayer keroh, depan sedikit, nampak sign board Sg. Udang, ikut jer sign board, dalam 20km akan nampakla penjara ni di sebelah kiri.
Sampai pintu gate, paking di sebelah luar, tinggalkan kereta diluar, jumpe security,tunjukkan ic dan pas pelawat, dan kalau dibenarkan masuk, terus masuk.


 pintu pengawal

 pintu masuk utama

 tembok penjara

2 comments :

  1. Fety Ayu said...

    Dah jadi Pengarah penjara ke sekarang... .....hehehehe.....

  2. Skudai Apartment Homestay said...

    Biasela Dato', kejap tukar sana sini, nak buat macam maner kan, hidup semakin glamour..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...