Tuesday, January 18, 2011

KEJAYAAN BUKAN TANDA KEMENANGAN, SEBALIKNYA IA PERMULAAN KEPADA SEBUAH CERITA

Salam sejahtera.

Banyak orang mengatakan apabila kita telah mencapai kejayaan, bermakna ianya umpama kita telah mencapai titik noktah dalam mengejar sesuatu impian kita. Sebenarnya tidak. Bila kita telah berjaya, banyak perkara-perkara baru yang perlu kita tempuhi dan banyak perancangan2 baru yang perlu kita lakukan.

Dalam dunia usahawan hari ini, perkara yang menjadi fokus utama usahawan adalah untuk mencapai tahap jualan yang tertinggi dan tahap keuntungan maksimum. Hal ini boleh dicapai dengan cara mengeluarkan produk2 menggunakan kesemua sumber yang ada dengan bantuan tenaga-tenaga pekerja yang ada.

Sebagai contoh, apabila usahawan mensasarkan jualan tahunan sebanyak RM1 juta, maka usahawan2 akan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi, bahan mentah, tenaga pekerja, jentera2, mesin2 dan lain-lain yang berkaitan untuk mencapai sasaran tersebut.

Dan apabila kejayaan ini sudah dicapai, maka usahawan2 ini akan memulakan sasaran baru sama ada meningkatkan lagi jualan, atau mengekalkan kepada paras yang sedia ada.

Maka bermulalah episod baru dalam dunia perniagaan usahawan itu sendiri iaitu perancangan baru, modal tambahan baru, jentera2 tambahan baru, tenaga pekerja mahir dan lain-lain lagi.

Apa yang dikatakan 'permulaan kepada sebuah cerita' ialah apabila perancangan2 baru itu wujud, maka akan adanya cabaran2 baru, halangan2 baru, iaitu bagaimana usahawan tersebut menetapkan falsafah SMART Planning dalam perniagaan termasuklah hal berkaitan pasaran global dan cabaran2 baru dalam dunia usahawan hari ini.

Cerita2 juga akan wujud disebalik kejayaan usahawan itu sendiri iaitu bagaimana dia boleh berjaya, apa formula2 yang digunakan, rahsia2 kejayaan, pahit manis cabaran yang wujud dan sebagainya.

Akhir kata, kejayaan bukanlah bermakna kita terus menang, sebaliknya ia permulaan kepada sebuah cerita.

a.b.k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...