Friday, May 29, 2009

GORENG PISANG SEDAP


Untuk memulakan satu2 perniagaan, sebenarnya, kita tidak perlu untuk memastikan kesemua peralatan kita cukup kemudian baru kita nak mulakan perniagaan. Contohnya, jika kita nak mulakan perniagaan goreng pisang, kita x perlu la fikir nak beli kuali baru, sudip baru, dapur baru, tong gas baru dan lain2 lagi yang baru yang boleh meningkatkan kos memulakan perniagaan kita.


Apa yang perlu ialah, kita menggunakan peralatan yang telah sedia ada, contohnya guna kuali yang dah sedia ada di rumah, dapur gas yang dah ada, tong gas yang dah ada, so kita guna jer dulu, bila dah cukup modal, baru kita beli yang baru sedikit demi sedikit, so dapatla kita jimatkan kos untuk mulakan perniagaan.

Kadang2 orang kita ni, bila nak mulakan perniagaan, akan bagi macam2 alasan, kalau macam nak mula bisnes goreng pisang tu, nak beli itu la, ini la, padahal masih boleh guna barang2 yang telah sedia ada.

Sebagai contoh :

Kalau kita nak mulakan bisnes goreng pisang, jangan tunggu lama2, jangan terlalu fikir sangat nak beli itu dan ini, jangan fikir sgt nak sewa kedai smpai seribu lebih baru nak meniaga, kalau depan umah anda adalah laluan utama (maksudnya orang ramai lalu lintas, kereta banyak lalu, bas pun ada lalu), so dah boleh mulakan dah, jangan tunggu lagi.

Kadang2 bisnes goreng pisang ni macam agak lapuk jugak kan, bila cakap jer, orang kata, asik2 goreng pisang, asik asik goreng pisang, x bisnes lain ker, 'saya masih ingat sewaktu saya duduk di Keramat, brother yang jual grg pisang dekat dgn umah saya kata, pendapatan kasar 1 hari purata RM500 lebih, percaya atau tidak, so kalau macamtu agak2 untung bersih berapa?? mungkin kalu kita ambik 30% dalam RM150, sebulan boleh jugak dapat dalam lebih kurang RM4,000. Cukup la tu kan, belajar pun sampai form 5 jer. Gaji RM 4 k tu sama dgn gaji Ketua Penolong Pengarah kat jabatan kerajaan. Kire ok la yerk??..

Tak caya jugak pendapatan jual goreng pisang mencecah sampai tahap macamtu, saya balik ke Johor, kerja di Johor, orang JB mane yang tak kenal dengan goreng pisang MAWAR, huhu, kalau sapa2 x percaya, orang memang ramai giler yg datang membeli, memang beratur panjang, saya tengok tokey dia boleh pakai FORTUNER lagi, kita yg kerja 20 tahun makan gaji pun lum tau dapat beli, betul x ?? 


p/s : So, mulakan la apa2 perniagaan, jangan tunggu beli peralatan baru, peralatan semua cukup,  baru nak berniaga, apa yang ada... mulakan.

1 comments :

  1. aziz kamil said...

    Salam.nk tanye la kak..kalo kite nk meniage tepi jln mcm tu kne ade lesen x..?
    Ataupon knee amik lesen permit ke ape ke dr majlis perbandarann...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...