Sunday, May 31, 2009

ANTARA ENCIK / PUAN / TUAN DAN KEPROFESIONALAN MELAYU

Kadang2 aku terfikir, adakah gelaran Encik dan Puan tu akan kita panggil di dalam waktu bekerja sahaja ataupun di luar waktu bekerja. 

Kita diberi gaji bulanan dan di dalam surat tawaran bekerja juga di tulis :

Gaji : RM1,500.00

Waktu berkerja : Isnin - Jumaat , 8.00 pg hingga 5.00 ptg

                               Sabtu,               8.00 pg hingga 1.00 t/hari

                               Ahad,                 Cuti

Ini bermakna, panggilan Encik /Puan/ Tuan sepatutnya digunakan hanya dalam waktu bekerja sahaja, tidak DILUAR waktu bekerja.

Sebagai contoh, sedang Ali berjalan2 pada hari ahad di pasar tani, Ali berjumpa dengan si Ahmad iaitu salah seorang 'bos dipejabatnya' (umur sama, tetapi Ali bekerja sebagai kerani dan si Ahmad pula bekerja sebagai Pegawai). Ikuti perbualan kosong di bawah.

Ali : Eh!! Encik Ahmad, sorang jer ker?? Encik nak beli ape??

Ahmad : Oh!! Ali, saya sorang jer ni, jalan2 nak beli ikan ni, tadi baru beli sayur, buah2an untuk anak2, ni nak tengok ikan keli ni, saya suka makan ikan keli ni. Kamu beli apa??

Ali : Ala Encik, baru nak tengok2 ni, tadi lepak2 kejap minum, perut dah kenyang, baru nak cari ikan.

Ahmad : Ooo yer ker?? Eh!! Ali, tolong bawakkan barang2 ni ke kereta saya, berat betul la buah2an ni, tadi cari troli, tapi x pula.

Ali : Baik Encik.. Kereta Encik kat maner??

Ahmad : Tu kat hujung tu, ni kunci kereta saya, awak bukak bonet, letak dalam bonet.

Ali : Baik Encik.

Kadang2 dah jadi satu budaya orang kita ni 'di ofis kita kuli, di luar ofis pun kita kuli, di dalam ofis kita berpangkat rendah, di luar ofis pun kita berpangkat rendah, di dalam ofis kita nak di panggil Encik/ Tuan, di luar ofis pun kita nak di panggil Encik/Tuan, kat ofis nak kena hormat, kat luar ofis pun nak kena hormat'.

Sebenarnya ini bukan satu budaya hormat-menghormati yang perlu kita amalkan, sepatutnya kita kena faham bahawa..... kita kena saling bertoleransi antara satu sama lain, kena faham waktu bekerja dengan waktu tak bekerja, kena faham bahawa kita SAMA2 MAKAN GAJI, kena faham bahawa kita ni sebagai 'pegawai' yang JAUH LEBIH MUDA dan orang bawahan kita yang JAUH LEBIH TUA', kita perlu bersikap sangat2 bertoleransi.

Sepatutnya kalau kita jumpa di luar waktu pejabat, kita boleh amalkan panggilan 'abang ker' 'akak ker', cukupla sekadar menghormati antara satu sama lain, tidak perlu menjadikan ' KAT OFIS AKU BOS, ORANG PANGGIL AKU ENCIK /TUAN, SO, KAT LUAR OFIS PUN AKU TETAP BOS,  JUMPA KAT PASAR PUN AKU NAK ORANG PANGGIL AKU ENCIK /PUAN/TUAN. '

p/s : Aku teringat kata2 dalam filem P.Ramlee ' BOLEH JALAN DAA...'

8 comments :

  1. Anonymous said...

    Aku percaye dengan budaye kerje profesional.Kalau hormat lebeh2 sgt dah kire bodek plak.Satu lg budaye org kte.

    PS:Aku panggil ko Tan Sri kat luar waktu opiz,nak kire mcm mane plak jul...????!!Tu aku blum tanye lg sultan mane yg bg ko gelaran tue...he.he.he.....

  2. Skudai Apartment Homestay said...

    Jangan amalkan budaya membodek sebab budaya ni membuatkan orang meluat tengok perangai kita.
    Budaya kerja profesional memang susah nak dipupuk ,tetapi boleh dipupuk sedikit-demi sedikit.

    p/s : Jangan panggil aku Tan Sri dalam blog, nanti orang tau, aku dapat gelaran ni sebab jasa dan bakti aku pada Felda Nitar 2 tu banyak sangat.

  3. Azaharuddin Bin Aliminske said...
    This comment has been removed by the author.
  4. Azaharuddin Bin Aliminske said...
    This comment has been removed by the author.
  5. Azaharuddin Bin Aliminske said...
    This comment has been removed by the author.
  6. dila~noor said...
    This comment has been removed by the author.
  7. Skudai Apartment Homestay said...

    kat pjbt aku pun ade pembodek jugak, mmg sejuk dia buatnya bos, kalau bos yang mmg suke dibodek, mmg menjadi, tapi tak semua bos yang mcmtu, ade jgk bos yang profesional dan pandai menilai.

    Tapi kita perlu berpegang kepada 'yang buat kerja iklas akan tetap menjadi insan yang berjaya, Allah akan lindung orang2 yang buat kerja iklas ni'

    p/s : Kalu jumpe makhluk pembodek ni, jangan dilanggar, x baik, berdosa, kalau boleh blanja sipembodek ni minum, dan letakkan sedikit racun tikus dlm minuman sipembodek ni, so kesannya anda akan lihat dalam masa 7 minit. SELAMAT MENCUBA.

  8. Anonymous said...

    Hmphh.....Ni kes bodek ke,kes dengki ke,kes jelez ke,ke kes bunuh ke......Siap ade care2 & percubaan men "SABO" pembodek2 kpd tahap gaban......

    P/S:Silap2 haribulan kenyataan dlm blog nie blh di bwk ke mahkamah oleh para pembodek2 bos yg kecewe dan tdk berpuas hati dgn sistem kehakiman politik dlm opizzzz..........sadizzz...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...