MELAYU BANGSAKU
Melayu Bangsaku,
Majoriti ISLAM agama mu,
Terkenal hidup susah tak menentu,
Tersilap mengatur langkah hidup jadi buntu,
Melayu bangsa ku,
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Melepak buang masa tak jemu-jemu,
Merempit berpesta bagai nak gila, macam dirasuk hantu,
Menyibuk, mengumpat, dengki jadi topik nombor satu,
Melayu bangsaku,
Menimba ilmu 1001 alasanmu,
Rasa macam tahu, tapi sebenarnya banyak tak tahu,
Nak harapkan percuma, rugi tak mahu,
Bangsa lain dah maju Melayu tetap disitu,
Melayu bangsa ku,
Allah bagi rezeki, senang sikit, kaya sikit, perangai tak menentu,
Lupa atas ada langit bawah ada bumi dapat tahu liang lahad dah menunggu,
Bangsaku kenapa jadi begitu?
Melayu bangsaku,
Buang jauh perangai buruk itu,
Bangun dan tidur yang melenakan mu,
Seronokkah kita lihat bangsa melayu dungu,
Buang sikap sombong, tamak, dengki dalam benak tu,
Sanggup lihat orang lain mampus asal aku tak kurang pulus,
Biar aku senang orang lain pergi jahanam,
Melayu Bangsaku,
Pesan Nabi kita, jadikan Al-Quran dan Hadis panduan hidup,
Rapatkan jamaah eratkan ukhwah diantara kita,
Mahligai bahagia sama kita bina,
'RAHMAT ILLAHI MARI KITA CARI'
- Nukilan sajak di atas telah dibacakan ketika perasmian Modul Perakaunan yang telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Muar -