Tuesday, December 22, 2009

TAHUN 2010 - 9 HARI LAGI

Salam kepada pembaca blog semua…

Tahun 2010 dah nak dekat dah, mungkin dalam kepala masing2 dah penuh dengan target dan sasaran tahun 2010. Tapi mungkin jugak ada sesetengah tu, terpaksa layan…jerla…tahun berganti tahun pun sama jugak, ape nak kecoh2…huhu

Bagi saya, tahun 2009 meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit, banyak pengajaran yang berguna yang akan lebih mematangkan cara saya berfikir.

Dah 2 tahun berkahwin (tapi rase macam baru semalam berkahwin…hehe..betul x tipu) memang bnk cabaran dan memerlukan kesabaran, bagi saya untuk mengekalkan rumahtangga tak la begitu susah, tapi nak membentuk diri menjadi insan yang lebih baik dan bertanggungjawab dalam keluarga memang begitu mencabar.

Ada benda yang perlu kite ketepikan dan tinggalkan, maklumlah hidup dah berfamily ni mmg kene buang sikap-sikap yang negatif terutamanya sikap 'mementingkan diri sendiri'.

Emm.. . dah start melalut dah ni, jom kite tengok apa sebenarnya yang perlu kita lakukan bile dah nak dekat tahun 2010 ni.

Langkah Pertama


Menetapkan Matlamat Hidup – Kita perlu tetapkan apa yang ingin kita capai. Matlamat ni boleh jadi matlamat perubahan diri / sahsiah diri, kewangan, keluarga, pelaburan, pendidikan dan macam2 lagi. Yang penting matlamat tu mestilah realistik untuk di capai.

Saya bukanlah pakar dalam membuat matlamat ni, tapi saya pernah terbaca ‘tanpa merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal’. Memang betul perumpamaan ni, so baik kita merancang sesuatu, sekurang2nya kita ada tujuan hidup.

Sebelum kita menetapkan matlamat ni, eloklah kita mengkaji dan melihat kebelakang tentang kejayaan dan kegagalan kita, bukannya apa, sekurang2nya kita tidak membuat kesilapan yang sama pada tahun hadapan. Sebagai contoh, mana2 pelaburan kita yang tidak mendatangkan hasil dan dijangka tidak mendatangkan hasil langsung, lebih baik kita tutup dan cari pelaburan yang lebih menguntungkan.

Langkah Kedua


Tampal Dan Bace Matlamat Hidup pada dinding yang mudah dilihat setiap hari – Bila dah tulis matlamat cantik2 yang ingin dicapai dalam tahun 2010, kita print dan tampal kat tempat yang kita mudah lihat, contohnya tampal dalam bilik, hari2 kita baca dan atur strategi untuk kita capai. Matlamat tu mestilah ada tempoh masa untuk dicapai contohnya ‘aku mesti cukupkan simpanan aku sehingga Mei 2010 sebanyak RM5,000. So, nanti bila dah sampai bulan Mei tu, kita tengoklah, tercapai atau tidak, jika tercapai bermakna kita berjaya, kalau tak tercapai, maknanya ada la benda yang tak kene, mungkin perbelanjaan kite lebih disebabkan kereta rosak ker, musim perayaan ker, belanja sekolah anak2 ker dan lain2.

Langkah Ketiga


Cuba Capai Semua Matlamat Yang Dirancang – Dah tulis dan dah tampal tu, kena la kejar matlamat tu, jangan duduk diam jer, barulah kita boleh berjaya, betul tak ?? So, tugas seterusnya adalah bertindak...bertindak...dan bertindak...jangan tunggu lagi. Bagi yang dah berkahwin tu, rasenyer lagi senang nak capai matlamat sebab ada pasangan yang memberi dorongan.

O.k. Semoga berjaya dengan cita2 anda semua...

adios!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...