Wednesday, January 6, 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai - Tahun 2010

Salam kepada semua.

Tahun 2009 - Aku anggap tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. Walaupun tahun2 sebelum tu, hidup aku ni memang seolah-oleh panjat gunung, kemudian, jatuh semula, kemudian mendaki semula, jatuh lagi, dan macam2 lagi, tapi bagi aku tahun 2009 boleh aku namakan sebagai tahun yang 'Matang dan Serik' menjadikan aku lebih bersikap hati2, mementingkan diri sendiri, serik dan lain-lain lagi.

Yer!! memang benar, jika ada yang bertanya, kenapa aku matang dan kenapa aku serik, jawapannya tentu sekali ' atas sebab faktor2 persekitaran yang semakin mencabar '

Tahun 2010 - Aku anggap permulaan yang baik kepada semua aktiviti aku setelah aku melalui saat2 getir tahun 2009 menjadikan aku semakin hangus. Aku tidak kecewa, cuma aku lebih matang dan berhati2.

Tahun 2010 ni aku anggap adalah tahun yang paling baik terutamanya dalam membentuk semula kerjaya dan ekonomi aku. Walaupun aku masih bekerja di tempat yang sama, tapi cara bekerja aku perlu ubah, aku perlu lebih kehadapan, menambah ilmu, dan mengecap seberapa banyak kejayaan dalam tahun ini.

Kepada semua pembaca...doakan aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...