Thursday, February 25, 2010

JUTAWAN HARTANAH

Salam...

Sebenarnya saya sedang membaca buku 'Bagaimana hendak menjadi JUTAWAN HARTANAH' tulisan Azizi Ali dan saya ingin berkongsi sedikit kata-kata daripada jutawan kita ni.

'Mengapa ramai orang boleh membuat duit dengan hartanah manakala sesetengahnya kelemasan. Para profesional membuat duit secara konsisten, bukan sekali sekala. Mereka boleh melakukannya dan yang lain-lain cuma menembak dalam gelap, meneka-neka dan membuat keputusan berdasarkan naluri hati semata-mata. Jika mereka berjaya buat duit, ia semata-mata nasib.
Kejayaan seperti itu sukar diulangi kerana mereka sendiri tidak tahu faktor apa yang telah membuat mereka berjaya. Namun begitu, para profesional mampu mengulangi kejayaan mereka beberapa kali. Mereka boleh lakukannya kerana mereka ada satu sistem'

Memang menarik sebenarnya kata-kata tersebut. Sebenarnya minggu lepas saya baru jer beli buku ni kat MPH, harganya RM49.90, kelmarin bukan website Azizi Ali, rupenyer kalau beli online ade diskaun 20%...huhu ..ruginyer aku..

Tapi tak pela, sebab nak dapat ilmu ni mmg kene banyak melabur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...