Wednesday, February 17, 2010

RAHSIA PERNIAGAAN DIBONGKAR

Aceh!! tajuk nampak jer macam gempak...

Salam kepada pembaca blog.

Sekarang ni bila kita bukak jer maner2 website perniagaan orang melayu, rata2 kita tengok orang2 kita akan membuka rahsia2 perniagaan mereka. Mereka akan menceritakan terang-terangan apa strategi yang telah digunakan sehingga mereka berjaya mencapai jualan jutaan ringgit.

Langkah2 yang ditunjukkan jelas dan kalau kita ikut, kita akan berjaya. Ada sesetengah strategi perniagaan tu kita boleh download secara percuma jer.

Contohnya kalau kita click pada 'rahsia perniagaan internet, cara membuat duit dengan internet dan lain2 lagi yang seumpamanya, berlambak dan mereka2 ini mengajar kita bagaimana membuat duit dengan internet. Mereka2 ini hari2 akan menghantar emel kepada pelanggan memberitahu apa yang pelanggan kena buat untuk berjaya seperti mereka. Bukan internet saja, try la click apa2 perniagaan lain, mmg berlambak yang menceritakan strategi2 perniagaan mereka.

Cuma, jarang2 sekali saya melihat orang cina menulis blog dengan mendedahkan rahsia2 perniagaan mereka. Atau mungkin mereka menulis dalam bahasa cina menyebabkan saya serta pembaca2 melayu tidak dapat membaca tulisan mereka, ataupun jenis perniagaan mereka ini berbeza menyebabkan mereka tidak perlu mendedahkan rahsia perniagaan mereka.

Sebagai contoh, orang cina banyak terlibat dengan perniagaan menjual kereta, mengecat kerete, ketuk kereta, aksesori, ekzos, cermin, ekon, dan banyak lagi.

Tapi memang saya tak jumpa mereka2 ini mendedahkan 'rahsia membuka perniagaan aksesori kereta' 'rahsia menjual cermin kereta dengan mudah' dan lain2 lagi yang seangkatan dengan mereka.

Adakah strategi2 yang digunakan oleh orang kita tepat sekali?? atau strategi orang cina yang tidak mendedahkan rahsia perniagaan mereka kepada umum tepat sekali?? atau bergantung kepada jenis perniagaan yang kita gunakan??

Pandang sekeliling kita, siapakah yang memiliki empayar perniagaan yang besar2 dan banyak, juga mampu menyewa premis2 perniagaan besar, juga pasar raya besar??

Kadang2 saya lihat, orang2 kita lebih banyak menjual motivasi daripada produk atau perkhidmatan mereka.

Fikir2 kan lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...