KEPUTUSAN BERDASARKAN GERAK HATI
Salam kepada semua.
Kadang2 kita sering membuat keputusan berdasarkan firasat dan gerak hati. Mana yang rasa hati kita kuat terhadap perkara tersebut, maka kita akan membuat keputusan kepada perkara tersebut. Semakin kuat gerak hati, semakin yakinlah kita kepada keputusan tersebut.
Malangnya, gerak hati yang kuat tanpa memohon kepada Allah berkaitan perkara yang ingin kita buat akan mendatangkan padah kerana kadang2 ianya bukanlah gerakan hati, tetapi lebih kepada bisikan syaitan.
Untuk mendapatkan gerakan hati yang betul dan tepat, kita digalakkan memohon kepada Allah agar keputusan yang kita buat berdasarkan syariat islam dan tidak melanggar batas2 kemanusiaan. Buatlah solat istiharah, solat hajat, banyakkan membaca al-quran, mudah2an keputusan yang kita buat adalah tepat.
Wassalam.