KASIHNYA IBU...
Malam tadi aku dapat berita yang mak aku kat kampung demam...aku risau memandangkan usia mak ku sekarang dah menjangkau 48 tahun... kalau dilihat memang mak ku masih gagah membuat kerja-kerja rumah, tapi yer la, disebalik usia yang semakin senja, aku semakin risau tentang kesihatan mak ku tu.
Aku teringat lagu yang dinyanyikan jamal abdillah :
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
"Syurga di telapak kaki ibu" "hendaklah menghormati atau melebihkan ibu 3 kali ganda berbanding ayah" (lebih kurang gitulah bunyinya)
Aku tau perangai mak ku tu, tapi aku tak pernah meninggikan suara padanya walaupun ada kalanya pendapat aku tu betul.
Malam tadi memang amat merisaukan aku, memikirkan kalau2 ape2 terjadi pada mak ku tu, aku terlalu menyayanginya. Dah hampir sebulan aku tak menjenguknya kerana dek kesibukan kerja.
"Bila seseorang lelaki berkawin, taatnya pada Allah dan ibu, tapi tidak bagi isteri, jika perempuan berkahwin, taatnya pada Allah dan suami" Tu la kata2 yang aku sematkan dalam hidupku.
Kadang2 orang sekarang ni melebih2kan kemewahan pada isteri, belikan emas, bagi duit, belikan rumah, sedangkang ibu dikampung duduk di rumah buruk, usang, kadang2 duit nak makan pun tak cukup. Sungguh mengundang kecelakaan.
Nasib baik aku dapat isteri yang tidak meminta2 itu dan ini.
Aku ada satu cerita berkaitan seorang kaki ekor yang asik kerjanya bermain nombor ekor. Tapi kerana dek taatnya orang ni pada ibunya, matinya pada hari jumaat dan dengan mudah. Begitulah hakikatnya hidup ini, bukan aku bermaksud bermain nombor tu amalam mulia, tapi taat pada ibu tu adalah segala2nya.
Doa2kan agar mak ku sentiasa sihat. Amin.