MAJORITI ATAU MINORITI
Salam kepada semua.
Bila kita mengusulkan satu cadangan baik, ramai yang kata 'oh! itu tidak bagus', kalau ade 10 orang yang masuk ke mesyuarat, 6 daripadanya tidak setuju, atau mungkin 7 daripadanya.
Kadang2 kita dah cuba tunjukkan contoh2 yang terbaik untuk memberitahu kepada semua bahawa 'mengapa kita perlu berbuat begitu dan begini'
Setelah keputusan dibuat, barulah kita tahu rupa2nya, 6 daripadanya mempunyai kepentingan diri sendri, 3 daripadanya cuma duduk diam, menjaga periuk nasi masing2, dan berbuat2 seolah2 tidak faham.
Begitulah hakikah yang terjadi sekarang. Ada kalanya mereka sanggup menentang habis2an idea2 dan tindakan kita, cuba memberitahu yang lain bahawa, mereka adalah betul, dan kita adalah salah.
Kita terpaksa pasrah kawan! tak semua orang memperjuangkan nasib rakyat, membela masyarakat, memperjuangkan keadilan, yang banyak hanya tin-tin kosong yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri dan selebihnya adalah lalang yang mengikut rentak angin masing2.
Wassalam.
1 comments :
betul. aku sokong. kita generasi baru. byk idea2 yg bernas yg biasanya kita bangkitkan.
objektif kita adalah untuk kebaikan semua pihak. memajukan satu2 organisasi yg syok sendiri. yg anggap diri mereka dah maju.
tapi selalunya kita kalah. kalah dengan orang-orang lama. individu yang dah kebal. itu tak boleh! ini tak boleh!
macam katak di bawah tempurung. rasa selamat dgn hanya berada di takuk yg lama. sedangkan dunia luar semakin jauh meninggalkan kita.
sebabnya mereka:
a)berkepentingan diri sendiri!
b)cukup sekadar makan gaji. "..asalkan aku dpt gaji"
tapi ingat, dunia ni mcm roda. hari ni kita diatas, esok belum tentu lagi. apa jaminannya bahawa esok kita akan hidup selesa? siapa tahu?
betapa sukarnya nak merubah pandangan dan pendirian manusia ni.
**aku tak nak jadi tin kosong, tak nak jadi lalang, tapi nak jadi laptop.. hehe.. dunia globalisasi, belajar dari pengetahuan dan pengalaman. buka mata, buka minda. tepuk tangan tanya akal.... haha
satu lagi ajis, ko tembak je 6 org lg tu. ko buat pistol kertas dan tembak dierorg. hehe
Post a Comment