Tuesday, March 9, 2010

SEMBANG PASAL LELAKI

Coretan ni untuk suka-suka jer, tiada kene mengena dengan semua kaum lelaki, kerana sifat lelaki berbeza-beza, tetapi mungkin secara kebetulan, ianya banyak persamaan.

Lelaki Tidak Suka Bersembang - Benar ker?? Tapi kenapa ramai lelaki di kedai kopi?? Memang ler lelaki suka bersembang, tapi bukanlah soal yang remeh temeh seperti harini nak masak aper, arini nak bagi baby makan aper. Soalnya lelaki ni lebih suka bersembang hal-hal yang besar-besar seperti betul ker Anwar tu meliwat? Kalau betul kenape dah tak de perempuan lain lagi kat dunia ni? Konon2 nyer lelaki lebih suka topic yang lebih hebat macam ni ler, hehe.

Lelaki Suka Nampak Hebat - Benar ker?? Pakai baju Dunhill, Bonia, Polo, kasut Camel, Clark, Bonia  Pakai jam Rolex, Tissot, ape2ntah dan lain2. Tapi jangan risau, untuk jimatkan bajet lelaki, lelaki lebih suka beli di kedai bundle...hehe. Tapi lelaki jarang berlagak seperti banyak duit, kecuali berlagak banyak duit sebab nak pikat perempuan, hehe...

Lelaki Suka Berbadan Sasa - Benar ker?? Memang betul. Kadang2 lelaki suka berhabisan duit untuk beli susu weight gain dan macam2 suntikan untuk naikkan otot, pegi gym dan lain-lain kerje yang boleh naikkan otot, hehe. Kalau yang berbadan kurus tu, mereka lebih gemar berotot di perut, tapi tak lupe juga yang berbadan besar pun suka ber otot di perut jugak. Tapi tu la hakikatnya, mereka memang suka nampak hebat.

Lelaki Suke Cerita Action - Benar ker?? Memang betul kot. Biasenyer cerite2 kes-kes bunuh, ninja assasin, perang2 dan ganas2 memang lelaki suke. Lelaki jarang suka tengok cerite2 yang macam perempuan suka tengok macam Cinderalele, Bawang Putih Bawang Merah, Halia.... dan ntah ape lagi. Kalau ade lelaki yang minat cerite macam ni, mungkin bagi lelaki2 yang 'hati tisu'..hehe

ok.la..nak sambung balik kerje...hehe

1 comments :

  1. dila~noor said...

    eh..mcm kenal je org yg dickp tuh..heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...