APABILA ISTERI ANDA MENGANDUNG
Sebenarnya aku bukanlah nak berdebat dan menegakkan keadilan, cuma nak berkongsi pengalaman aku sendiri, mungkin akan ada jawapan 'dah takdir' 'dah kerje' 'dah tugas' 'memang kene berkorban' dan macam2 lagi. So jawapannya semua aku terima.
Ni situasinya :
Apabila isteri mengandung, tanda2 mengandung tu seperti muntah2, bukanlah muntah2 tu macam demam biasa, tapi lebih teruk dari demam biasa. Jam 12.00 malam, isteri muntah, jam 2.00 pagi isteri muntah, jam 6.00 pagi isteri muntah dan memerlukan suami untuk urut dibelakang isteri dengan cara menepuk-nepuk untuk memudahkan isteri muntah.
Dan isteri mengandung juga akan sakit dibahagian pinggang. Jam 1.00 pagi, isteri terbangun sakit pinggang, jam 6.00 pagi, isteri mengadu lagi sakit pinggang, dan diwaktu siang juga isteri kerap kali sakit pinggang, dan memerlukan si suami untuk urut dibahagian belakang pinggang isteri.
Dan isteri mengandung, anak di dalam kandungan akan bergerak2 bila dah sampai tempoh masa, menendang2 perut si isteri dan memang sakit sebenarnya dan memerlukan suami untuk menenangkannya.
Selama 9 bulan 10 hari isteri akan menanggung derita. 'Syurga di telapak kaki ibu'
Selepas itu tiba waktunya untuk isteri melahirkan anak, memang isteri sangat2 memerlukan suami untuk memberi semangat, memudahkan untuk melahirkan anak, memang sangat2 menyakitkan dan Tuhan saja yang tahu, dan akibatnya juga boleh mengundang kematian...
Dan cerita si suami.
Jika si suami duduk jauh dari isteri. Si suami akan cuba mencari alasan sebanyak yang boleh.
"abang dah lama kerje sini, macamaner nak pindah"
"susah la nak cari kerje kat sana, kang dapat yang tak sesuai susah pulak"
"gaji abang kat sini dah besar, nanti bila pindah kerja dapat gaji kecik pulak"
"sini dah kerje tetap, sana lum tau lagi"
Tu la antara alasan yang akan diberikan dan kemudian mereka akan sama2 kate "dah nak buat macamaner, tak boleh nak adjust lagi"
Bila waktu malam ketika situasi2 isteri diatas berlaku, si isteri menanggung kesakitan dan kesukaran, dan ketika itu isteri akan meminta bantuan dari ibu sebab si isteri duduk di rumah ibu, sedangkan si ibu itu sendiri telah membesarkan, mendidik, dan senang kate dah banyak menyusahkan hidup si ibu. sanggup kah kita menyusahkan hidup si ibu sehingga akhir hayatnya?? dah takdir
Bagi si suami, kenikmatan yang dinikmati akan terus dinikmati, tido lena, makan senang, bergelak ketawa bersama kawan2 dan mungkin juga keluar bersiar2 di waktu malam kerana 'masih bujang', dan jika si isteri telefon, si suami akan bercakap begini 'kesian darling, ibu tak tolong urut2kan belakang ker? banyak ker muntah? baby dalam perut meronta, kena la tahan sikit', dan perkataan yang lebih elok sikit teruk sikit 'besok abang ade meeting jam 8.00 pagi, so kena jaga tido' sorry tak dapat tolong darling' dan perkataan yang paling banyak diungkapkan adalah 'kesian..kesian..dan kesian...'
....Jika anda berkahwin dan berjauhan dari isteri, ataupun jika anda mahu berkahwin, ataupun merancang untuk berkahwin dan merancang pula untuk duduk berjauhan...fikir2 la situasi di atas dan sekurang2nya anda fikir kenyataan di bawah :
'betul ker apa yang aku dah buat ni'
'gaji aku lebih besar sangat ker dari isteri'
'dan...jika aku seorang isteri, adakah aku sanggup melalui perkara2 sebegini??'
'bolehkah aku menyediakan orang gaji untuk membantu isteri ku sekurang2nya membantu kerja2 membasuh pinggan, memasak, mengemas rumah dan lain2 berkaitan'
So, harap korang semua berfikir sebelum terlambat. Berkorbanlah apa saja, dan jangan membiarkan isteri keseorangan ketika mengandung kerana banyak benda yang di lalui isteri begitu MEMERITKAN DAN MENYEKSAKAN.
Sekian...
p/s : manusia memang diciptakan untuk memberi seberapa banyak alasan yang boleh...
3 comments :
adusss aku terase nie beb.. aku kat bentong. bini kat KL. hihi
hehehe...
Kalau ku tahu ....
Aku belum pernah "mengandungkan" anak orang lagi.Jadi tak berape reti "feeling2" die.....hehehehehhe...
Post a Comment