JENAYAH YANG SEMAKIN MENJADI-JADI
Salam 1 Malaysia
Hampir setiap hari bile aku buka tv dan membaca surat khabar, banyak kisah2 jenayah yang mengerikan yang berlaku diluar batas pemikiran aku.
Baru2 ni, kes ragut yang berlaku di dalam pagar rumah yang berjaya dirakam oleh kamera cctv, memang amat mengerikan, kalau lah aku ni orang kaye, boleh ler aku pasang pagar 'karen', biar orang panjat pagar dan kemudian mati kene karen, tapi apekan daya, wang membataskan segala2nya.
Ada juga aku berjumpa dan bersembang2 dengan tokoh2 politik, ada juga yang berpendapat bahawa kisah2 yang disiarkan untuk menarik perhatian masyarakat bahawa pihak 'berkenaan' konon2nya buat kerja dan berjaya melakukan banyak tangkapan dan seolah2 mereka itu tidak tidor atau bahasa lembut sikit 'tidak makan gaji buta'. Mungkin ada betulnya. Tapi bagi kita, kita seolah2 duduk dalam persekitaran yang tidak selamat.
Seperti akbar juga, mereka sering menyajikan bahan2 istimewa ini mengikut musim seperti kalau kes bunuh, hari2 masyarakat kite ni akan disajikan dengan cerite kes bunuh, hampir seminggu semua cerite kes bunuh, kalau kes rogol, hari2 cerite kes rogol, kalau cerite kanak2 kawin, hari2 cerite kanak2 kawin, untuk menjadikan akbar mereka pilihan ramai dan dapat mengaut keuntungan yang begitu tinggi.
Untuk memastikan persekitan rumah kita selamat, banyak benda dan kos yang terlibat. Contohnya untuk memasang pengawal keselamatan dan memasang cctv, kos tu memang ler terlalu mahal dan ramai yang tidak mampu. Jika dirumah sekalipun kita selamat, mungkin sewaktu perjalanan kita, mungkin kita tidak selamat. Jika kita selamat sekalipun, mungkin isteri dan anak2 kita yang tidak selamat.
Akhir kata 'Jenayah boleh berlaku di mana, laporkan kejadian jenayah disekeliling anda kepada 999' tu la pesanan Zakiah Anas TV 3. Mungkin anda boleh selamat, hehe... Selamat menyambung kerje kepada semua....
Chau..
1 comments :
Jenayah kat Malaysia memang makin menjadi-jadi.Aku yakin banyak lagi laporan yang disembunyikan dari pengetahuan kita orang awam.Jika didedahkan mungkin akan memeberi kesan panik kepada masyarakat seterusnya menggugat kepercayaan umum terhadap kecekapan pihak berwajib.
Tapi aku yakin,para petugas keselamatan termasuklah pihak polis cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini sebaik mungkin.Mereka tidak duduk diam dan hanya goyang kaki dengan masalah yang terjadi.Sokongan penuh aku terhadap petugas keselamatan terutama pihak polis yang sentiasa menjaga ketenteraman awam dan juga keamanan negara.
Post a Comment