Friday, April 16, 2010

KASIH DAN SAYANG YANG BERBEZA-BEZA

Kita akan buat beberapa perbandingan untuk melihat sejauh mana kasih dan sayang kita pada kedua orang tua kita.

Sewaktu kita masih kecil, kita demam, sakit2, batuk2, ibu bapa sanggup ambik cuti, ambik MC, bawa kita ke klinik seberapa segera, jaga dan bagi makan ubat.

Ketika ibu dan bapa kita deman, sakit kat kampung, usianya dah menjangkau 60 tahun, kita sibuk bekerja, tiada masa nak balik, nak telefon pun tak sempat2, alasan banyak kerja.

Sewaktu kita masih kecil, ibu bapa kita memberi kita makan, di suapnyer elok2, di tiupnyer makanan tu sampai sejuk, dan kemudian diberinya kita makan dengan penuh kasih sayang.

Ketika ibu dan bapa kita meminta pertolongan untuk disuapkan makan kerana usia yang semakin uzur, ketika itu kita di luar negara, kita sebagai engineer, kita sebagai diplomat, doktorat, kita sudah berjaya...dan kita tidak sempat menyuapkan makanan untuk ibu dan ayah kita kerana kita sibuk bekerja.

Sewaktu kita masih kecil, kita asik sakit2, pantang di tinggalkan, kita menangis, dan si ibu terpaksa berhenti kerja semata-mata mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kita, dan si ayah tunggang langgang bekerje semata-mata menyara kehidupan keluarga.

Ketika ibu dan ayah telah tua, kita berkata 'sayang la nak berhenti kerja, belajar penat2 sampai oversea, ade degree, master, Phd, tibe2 nak berhenti kerje sebab nak jage orang tua pulak, pasang jer la orang gaji jaga'.

Sewaktu kita masih kecil, ibu dan ayah asik memikirkan nak bagi anak makan apa yang paling sedap, biar anak kenyang dan sentiasa sihat.

Ketika ibu dan ayah di kampung, duit yang dikirimkan tidak menjadi apa2, lauk yang sedap tidak terasa apa2, apa yang diimpikan dah dimahukan adalah kite berada disisinya.
Sewaktu kita masih kecil, hendak di daftarkan di sekolah, ibu dan bapa sanggup menunggu anak2 di dalam kelas supaya anak2 tidak takut tinggal berseorangan.

Ketika kita sibuk, kita berbincang antara suami dan isteri, 'abang rasa, kite hantar je la mak dan ayah tu kat rumah orang2 tua, rasenye hidup die lagi terbela berbanding duduk dengan kita yang sentiasa sibuk ni, lagipun kat rumah orang2 tua tu semuanya ada, makan, minum, pakaian, semuanya ada, so kita tak perlu risau.

Sewaktu kita kecil, ibu dan ayah cuba sedaya upaya membina rumah yang besar, supaya kita selesa, tidak membenarkan kita berjalan kaki ke sekolah, tidak mahu kita penat, di pakaikan kita payung, agar tidak berhujan dan berpanas, sedangkan ibu dan ayah bekerje bermati-matian, berhujan dan berpanas, semata-mata mahu kita hidup selesa.

Ketika kita sudah kaya, tinggal di rumah yang besar, ada pembantu rumah, makan yang lazat2, direstoran mewah bersama kawan2, duduk dihotel, jika disebut Mcd, Kfc, Pizza, restoran tomyam itu dah ini, semuanya dah jemu dek kerana selalu makan.

Sedangkan ibu dan ayah kini tinggal dikampung, cita2 untuk membuat rumah tidak menjadi kerana duit diabiskan oleh sang anak yang mahu melanjutkan pelajaran keperingkat yang tinggi konon2 mahu membantu ibu dan ayah, tapi bila telah berjaya, semuanya dilupa, rezki seolah2 tidak cukup walhal telah hidup mewah. Ibu dan ayah dikampung makan hasil2 kampung, sardin dan ikan tenggiri sudah dianggap mewah sekali.
Ibu dan ayah sedaya upaya untuk membesarkan kita, menjaga kita agar sihat, dapat belajar, jadi orang berjaya, jadi doktorat, diplomat, pegawai tinggi kerajaan, menjadi orang penting dalam negara, terkenal, menjadi orang kebanggaan keluarga, masyarakat, atau setidak2nya boleh berdikari sendiri.

Tapi tidak bagi kite, kita menjaga ibu dan ayah sementara dia hidup, sementara dia menemui ajalnya, adalah berlainan kasih sayang seseorang yang menjaga anak untuk terus hidup sihat dengan kasih sayang seseorang anak menjaga ayah dan ibu untuk menunggu mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Kawan2, kita anak durhaka sebenarnya, cuba pandang kiri dan kanan, kereta apa yang kita pakai sebenarnya, bandingkan dengan mak bapak kita dikampung, cuba tengok slip gaji kita, berapa banyak yang kita kirimkan pada orang tua kita, alasan duit tidak cukup kerana tinggal di bandar, anak dah ramai, kerja tak menentu, tidak patut menjadi alasan, kerana mengapa ibu dan ayah sanggup berhabisan duit, semata2 untuk kita belajar, di mana lubuk wang, disitu mereka kejar untuk bagi yang terbaik untuk kita, sedangkan kita bila dah senang, lebih rela belanja kawan2, makan ditempat yang mahal2, beli baju yang mahal2, berlagak seperti orang kaya, dalam sehari mungkin sekali kita mengingat rauh wajah ibu dan ayah kita, mungkin juga ada yang seminggu sekali menelefon ibu dan ayah, mungkin ada yang sebulan sekali, atau...

1 comments :

  1. Fety Ayu said...

    Sedeh la plak aku bace tulisan ko nie.Pengorbanan ibu bapa memang takde tolok bandingnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...