Ah Suan oh Ah Suan
Mari berkongsi pengalaman bersama saya...
Di sini saya akan menceritakan serba sedikit kisah seorang mekanik bernama 'Ah Suan'. Bukan nama saya Ah Suan, tapi nama seorang mekanik kereta yang berhampiran dengan rumah saya.
Yer!! saya sering ke kedai Ah Suan jika kereta saya rosak, dan tentunya bukan sedikit duit gaji saya diserahkan kepada Ah Suan selepas dia menambah jahanamkan kereta saya, maaf cakap, selepas beberapa hari di 'repair', ada jer masalah lain yang akan menimpa kereta saya.
Ok, let's go to the story. Ah Suan bukannya orang yang bijak seperti anda semua, dia tidak tahu membaca, menulis dan hanya tau men 'congceng, congceng (ni kononnya cakap cina la ni)' tapi apa yang menarik tentang Ah Suan ni, emm... jap lagi saya cerita, dan yer!! tentu sekali dia tidak pandai mengira, sebaliknya isterinya la yang mengira jumlah yang perlu saya bayar. Pendek kata, Ah Suan apa pun tidak tahu tentang harga.
Mpv Citra, kereta Kan***, rumah teres di Taman U dan yang terbaru ho!ho!ho! sebuah kedai berharga RM 300k, percaya atau tidak?? ni semua harta miliknya. Mungkin anda semua rasa harta anda lebih banyak daripada apa yang dimiliki oleh Ah Suan, tapi cuma anda bandingkan tahap pendidikan yang terima oleh anda, anda berkelulusan SPM, STPM, Diploma, Degree 1st Class, dan mungkin berpangkat Pengarah di sesebuah syarikat.
Cuba anda perhatikan di sekeliling anda? Bolehkah rakyat Malaysia berbangsa Mela** hidup mewah seperti Ah Suan?? Tepuk dada tanya hati dan akal. Jawapan di tangan anda.
Dan saya pasti jawapan anda :
Ah Suan orang cina, banyak networking
ala..., buka kedai kereta memang banyak untung ma
Ah Suan menipu kot
Ho! Ho! Ho! mungkin anda silap dengan jawapan yang diberikan.
Tapi percayalah, orang Mela** sudah ketinggalan dalam perniagaan bengkel kereta, jika ada sekalipun mungkin hanya jadi kuli sahaja, (tapi yang penting halal jawap mak cik jenab). Tapi itu baru di ukur dari perniagaan bengkel kereta sahaja, nanti pada ruangan yang lain akan saya bincangkan dengan lebih lanjut berkaitan perniagaan orang melayu/cina dan mamak.
Ho! ho! ho!
Adios..