Mengapa Kita Perlu Menguasai Bahasa Mandarin
Sebelum saya meneruskan penulisan saya nie, saya ingin memberitahu kepada anda semua bahawa saya sekarang sedang mengikuti kelas ‘ Bahasa Mandarin’, bukanlah niat saya untuk menunjuk2 tentang kehebatan saya, tapi perlu di ingat bahawa bahasa mandarin zaman sekarang ni menjadi begitu penting atas beberapa sebab.
Ok!! Sebelum saya menyatakan sebab2 (saya rasa semua orang dah pun tau) yang utama mengapa kita perlu belajar bahasa mandarin ini, cuba kita lihat Senarai 40 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2008.
Senarai 40 orang terkaya di Malaysia untuk 2008 menurut Forbes Asia:
~Robert Kuok AS$ 10 billion, 84, berkahwin, 8 orang anak.Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International
~Ananda Krishnan AS$ 7.2 billion, 70, berkahwin, 3 orang anak.Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks
~Lee Shin Cheng AS$ 5.5 billion, 69, berkahwin, 6 orang anak. IOI Group
~Teh Hong Piow AS$ 3.5 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak. Public Bank
~Lee Kim Hua & family AS$ 3.4 billion, 79, janda, 6 orang anak. Genting Group
~Quek Leng Chan AS$ 2.4 billion, 67, berkahwin, 3 orang anak.Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group
~Yeoh Tiong Lay and family AS$ 2.1 billion, 78, duda, 7 orang anak. YTL Corporation
~Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.8 billion, 56, berkahwin, 5 orang anak.Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia
~Vincent Tan AS$ 1.3 billion, 56, berkahwin, 11 orang anak. Berjaya Group
~Tiong Hiew King AS$ 1.1 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies
(selebihnya boleh cari sendiri)
Di sini kita dapat lihat bahawa senarai nombor 1 hingga nombor 7 adalah orang Cina dan kemudiannya barulah orang kita Melayu.
Jom kita cuba buat kesimpulan bersama :
1. Kebanyakan jutawan adalah dari kaum cina
2. Ekonomi di Malaysia di pegang oleh orang Cina (kebanyakan orang kata)
Dan yer!! kebanyakan barang2 utama dan barangan harian yang sering kita gunakan juga adalah dihasilkan oleh kilang orang-orang cina seperti nama nombor 1 di atas.
Ok, kita cuba ke pasaraya2 besar dan syarikat2 gergasi, dan kita juga dapat lihat bahawa kebanyakan tuan punya syarikat adalah kepunyaan orang2 Cina. Ok, mungkin anda berkata, skop yang diberikan adalah terlalu tinggi,
Ok, jom kita cuba lihat skop yang lebih rendah sedikit, emm, kita ke kedai yang tiap2 bulan kita menghabiskan duit (tukar minyak itam, tukar plug, tukar tayar, tukar skru2) dan ada semua sudah pasti (ni, mesti bengkel kereta) yer!! tepat sekali jawapan anda ‘mana lagi nak pergi, bengkel Ah Suan la, Ah Meng la, dan mungkin jarang-jarang atau tiada langsung yang pergi ke kedai Ali, Abu, Hassan dan lain-lain kerana kedai mekanik melayu memang jarang kita jumpa, jika jumpa pun mungkin pekerja saja Melayu tapi bos Cina.
Untuk kita berjaya dalam hidup ini, kita perlu menguasai pelbagai jenis bahasa terutamanya bahasa yang melibatkan pengaliran keluar duit kita, ataupun bahasa yang boleh digunakan untuk menguasai orang lain contohnya jika anda ke kedai Ah Suan ataupun Ah Meng, dan tahu berkomunikasi dengan mereka melalui bahasa mereka, anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah dan menjimatkan banyak wang anda (kecuali anda sememangnya kaya dan suka menghabiskan duit anda) anda memang patut dan wajib menguasai bahasa tersebut.
Atas kesedaran ini saya memulakan inisaitif mempelajari Bahasa Mandarin.Walaupun tidaklah fasih,tetapi sekurang-kurangnya saya telah memulakan langkah pertama.Anda bila lagi?