Friday, March 27, 2009

Hendak Seribu Daya

Hendak Seribu Daya, Mahu Seribu Cara, Tak Mahu Berjaya Pun Tak Apa

Kadang-kadang nampak macam kelakar tajuk di atas tu, tapi jika kita teliti betul2, tapi tu la hakikat kehidupan kita yang sebenarnya. 


Hampir setiap hari kadang2 kita mengeluh yang kita ni takde duit, banyak utang, gaji kecil, tiada pendapatan tetap, nak dibuang kerja dan berbagai2 lagi keluhan yg kita keluarkan dari mulut kita sendiri, maklumlah, kita ni tak kuat iman sangat, so asik nak mengeluh jer kerjenya.
Setiap hari kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki, dipermudahkan bayar hutang dan macam2 lagi doa yang kita amalkan agar terlepas dari masalah ini.


Tapi sedarkah kita bahawa dengan hanya meminta dan berdoa sahaja belum cukup untuk kita menyelesaikan masalah kita tadi itu tanpa USAHA yang berterusan. Kadang2 tu, waktu subuh kita berdoa agar dimurahkan rezeki, lepastu bila matahari dah naik, tiba2 datang kawan kita yang cuba bagi kita satu peluang untuk menambah pendapatan, kita cepat2 tolak dengan pelbagai alasan contohnya tiada masa la, tak sempat la, aku tak reti la, tiada siapa nak tolong aku la, sedangkan jawapan2 ini yang membuatkan rezeki kita semakin sempit kerana kita sering menolak peluang dan rezeki yang datang tanpa berfikir panjang.


Cuba kita fikir, berapa banyak peluang yang datang kepada kita yang kita telah tolak mentah2 tanpa mengira untung dan rugi, dan dengan hanya memberi jawapan yang mudah, contohnya, emm... aku takde masa la... Kadang2 peluang yang terbaik datang hanya sekali, tapi kita ni lebih suka menolak peluang yang ada dan baik berkali2. Sebenarnya kita ni tidak bijak mengambil peluang. Percaya la!! Jika kita tak ambil peluang yang datang, orang lain yang akan mengambilnya.


Ingatlah!! 9 / 10 rezeki adalah datang dari perniagaan. So, mengapa kita tidak mengambil kenyataan ini dan menjadikan ia adalah realiti?? Buangkan sikap MALAS yang ada dalam diri kita, kerana sikap inilah yang menjadikan kita gagal dalam segala-galanya.
Sebenarnya terlalu banyak peluang perniagaan di luar sana yang perlu kita rebut dan kejar untuk mencapai kejayaan dalam kebebasan kewangan. So, jangan tunggu lagi, jika rakan2 semua mahu seribu daya, rakan2 semua hendaklah mencipta seribu cara dan jika rakan2 semua tidak mahu berjaya, pun tidak mengapa. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...