Friday, March 27, 2009

Kisah Mak Cik Jenab

Kita Lebih Suka ‘Market’kan Barang Orang Lain Dan Meng’KAYA’kan Orang Lain

Mak Cik Jenab (MCJ) bukan kawan saya tapi saya cuma pinjam name dia jer, tapi ni memang kisah benar dan sering terjadi, so jangan takut, Jom Layan...

Mak Cik Jenab (MCJ) merupakan seorang suri rumah dan suaminya bekerja sebagai seorang tukang kebun sekolah. Dia telah menggunakan sabun basuh cap BERSIH hampir 1 tahun lamanya.

Kisahnya begini, sewaktu anaknya Amran yang berumur 8 tahun bermain bola sepak di sekolah, tiba2... jeng..jeng..jeng...anaknya jatuh dan menyebabkan baju dan seluarnyanya kotor.
Balik jer dari rumah, MCJ pun marahlah anak dia, yer la, kalau baju dah kotor, mak maner la yang tak marah, yer tak??

O.k. dipendekkan cerita, MCJ pun basuhlah baju Amran yang kotor tahap ‘cipan bara’ ni menggunakan sabun basuh cap BERSIH, dan pastinya baju dan seluar yang kotor tadi tu pun bersih la sebersih bersihnya. Huhu, MCJ dengan bangganya pun ceritalah pada jirannya, yer la, mestilah bangga kan dengan sabun cap BERSIH tu sebab mampu membersihkan baju dan seluar sebersih bersihnya.

Akibat dari cerita tu, riuhlah satu kampung di jajanya yang sabun tu betul2 berkualiti. Maka orang kampung yang teruja dengan sabun cap BERSIH tu pun menukar la sabun yang biasanya orang kampung pakai iaitu sabun cap BIASA.

Sabun Cap BERSIH tukar Sabun Cap BIASA

Dipendekkan lagi cerita, kedai runcit Pak Abu pun terpaksa la meng’order’ 1 bulan 1 lori sabun basuh cap BERSIH tu dari kilang Yap Ah Loy ni, maklumlah, kalau dah 1 kampung guna, 1 keluarga 1 kilo, kalau 500 keluarga, tak ker 500 kilo, betul tak?? 500 kilo dah tentu kena hantar pakai lori, betul tak??

Jom kita tengok.... siapa yang kene...?? hehe...Oopppsss, bukan siapa yang kene.... siapa yang UNTUNG..??

MCJ dan orang kampung dapat baju dan seluar yang bersih, dan mungkin dapatla sebijik CAWAN kerana dah terlalu banyak membeli dan menjadi pelanggan yang setia.

Pak Abu dapatlah menukar kereta Kan*** kepada kereta Hon** sebab jualan meningkat. Maklumlah 1 kg sabun BERSIH dapat komisyen 30sen, so kalau 500kg sebulan, dapatla RM 150.00 sebulan, tambah untung meniaga yang lain, dapatla beli kete Hon** baru.

Kilang sabun BERSIH milik Yap Ah Loi pun terpakselah menambah bilangan pekerja dan membesarkan saiz kilang kerana permintaan yang terlalu tinggi daripada orang ramai, dan pada tahun 2008 saja, kilang ni telah mendapat untung bersih RM 3 juta, hohoho!!!


Dipendekkan lagi cerita, dan senang kita buat kesimpulan jer la, jika kita terlalu rajin me’MARKET’kan barang orang lain, kita TIDAK dapat apa2 UNTUNG, jika kita HASIL kan produk sendiri, kita akan dapat UNTUNG, jika kita jadi orang tengah, kita juga akan dapat UNTUNG, jika kita membeli sesuatu, dapat poin, tukar poin, dapat UNTUNG, jika kita jadi MCJ, Yap Ah Loi akan dapat UNTUNG.

Fikir2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...