MIHAS 2009
The 6th Malaysia Internasional Halal Showcase
Tarikh : 6 hingga 10 Jun 2009
Tempat : MATRADE Kuala Lumpur.
MIHAS ni sebenarnya adalah tempat untuk para usahawan mempromosikan produk Halal mereka. So, dekat MIHAS ni, macam2 usahawan boleh kita jumpa dengan pelbagai produk dan produk yang paling banyak adalah makanan dan minuman.
Sebenarnya produk makanan, minuman, herba, produk sejuk beku memang menjadi kekuatan kepada usahawan kita, dan kebanyakan produk yang dihasilkan adalah produk yang biasa kita jumpa contohnya produk sejuk beku macam karipap, samosa, pau, dan lain-lain. Di MIHAS nilah peluang untuk usahawan kita mempromosikan produk mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Kebanyakan produk2 ni adalah produk warisan keluarga masing2 contohnya kalau dulu tok nenek dia ker, mak bapak dia ker, ada hasilkan kuih karipap, so anaknya akan mewarisi buat kuih karipap jugak, tapi dalam skala/jumlah yang lebih besar dan menggunakan teknologi moden seperti mesin. Contohnya untuk buat karipap, ada mesin yang boleh buat karipap, so, output mungkin boleh mencecah 10,000 hingga ke 30,000 dalam masa sehari.
Kita pun sebenarnya boleh jadi macam usahawan2 ni jika kita :
ADA SEDIKIT MODAL - mulakan dengan modal yang kecil, kalau x cukup pinjam MARA, TEKUN, Agro Bank, dan lain2 lagi.
BOLEH HASILKAN PRODUK SENDIRI- kalau x tahu kene belajar, ikut kursus, MARA, Jbtn Pertanian, LPP, FAMA, swasta dan lain2.
MEMBUAT PACKAGING MENARIK - boleh hantar pada orang yang boleh buat pakaging, buat kotak, plastic, canistle dan lain2.
MEMBUAT MARKETING - mula2 melalui kawan2, buat marketing, kemudian broucher, radio, tv dan lain2.
MENCARI PASARAN - masuk kedai runcit, pasar tani, kemudian Giant, Tesco, JJ dan lain2.
Sebenarnya jadi usahawan ni bukan semudah yang disangka, hati kena betul2 cekal, paling kurang pun kene bersabar dalam tempah 5 tahun, sebab tahun pertama mungkin orang x kenal produk kita, tahun kedua baru bisnes nak membesar sikit, tahun ke tiga mungkin dah ramai pulak orang yang hasilkan produk lebih kurang kita, so banyak persaingan, tahun ke empat mungkin baru nak beli mesin sebab duit baru cukup, tahun ke lima mungkin baru boleh masuk pasaran yang lebih besar.
So, memang kena banyak bersabar, hati kena cekal, berusaha kuat, berdoa, tawakal, dan macam2 lagi la. Tapi bila dah dapat hasilnya...emm...fikir2 sendiri...
5 comments :
Yang bulat tak datang bergolek...Yang pipih plak tak datang melayang...
P/S:Tapi kekadang dapat durian runtuh pun best jgk kan jul.....
kalau durian runtuh bahaya jugak, nanti takut terhempap kepala... hehe
Dato' bile nak start buat produk sendiri?? =)
Produk banyak...tak tau nak pileh yg mane jew....Agak jual kucing laku tak ye Tan Sri...????
Jual kucing pun sebenarnya laku, yang penting kucing yang nak jual tu mestilah hensem dan pandai bergaya, so boleh la jual mahal sikit.
Tapi x kan Dato' nak jual kucing pulak, buat malu jerk...
Respect and that i have a tremendous offer: Full House Reno cost to gut renovate a house
Post a Comment