Simposium Usahawan Bumiputera PNB-MIDF 2009
Tarikh : 26 April 2009
Tempat : Plaza Angsana, Johor Bahru
Walaupun dah lama berlalu, tapi saya tetap nak sampaikan pada kawan2 semua.
Saya teringat tentang apa yang disampaikan oleh Dato' Haji Amer Ali Mydin iaitu Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Bhd. Siapa yang tak kenal beliau dan pasaraya Mydin, yang menjual barang2 yang kate orang 'murah-murahan, x standart, low class' dan macam2 lagi tanggapan orang. Walaupun begitu, kini pasaraya Mydin mempunyai banyak cawangan, seingat saya di Kuala Lumpur, Subang, Kelantan, Terengganu, Johor Bahru, dan lain-lain tempat lagi.
Walaupun barangnya agak kurang standart kepada orang2 tertentu, namun masih ramai yang pergi membeli produk2 yang dijual di pasaraya Mydin.
So, kat sini saya ingin berkongsi tips2 hebat yang telah disampaikan dalam ucapan beliau.
Bagaimana memastikan agar syarikat kekal menjadi milik anda.
- Keserasian dikalangan pihak pengurusan - perlu ada persefahaman dan tolak ansur antara bos dan pekerja dan membuat keputusan bersama berdasarkan kepentingan syarikat.
- Memahami perniagaan dari akar umbi - perlu tahu dan faham semua aspek iaitu pengurusan, operasi, akaun keluar-masuk, inventori dan sebagainya.
- Konsep perniagaan yang unik - perlu mencari kelainan iaitu dari segi harga, pembungkusan, kepelbagaian barangan dan lain-lain.
- Sama-sama turun padang - bos pun kene turun padang dan menganggap diri sebagai pekerja.
- Perniagaan berdasarkan prinsip islam untuk kejayaan - Kerja kuat, jujur dan amanah, jimat cermat, bertanggungjawab, halal dan rajin buat kerja2 amal.
- Membuat keputusan segera dengan cepat - perlu untuk menjimatkan kos dan masa
Itu saja pesanan dari beliau, dan pesanan terakhir beliau....' Sekiranya Mereka Yakin Terhadap Ciptaan Kita, Mengapa Kita Tidak Yakin Dengan Ciptaan Kita Sendiri '