Friday, August 13, 2010

MENGENALI PENAGIH DADAH BARU




Salam tuan puan sekalian...

Sempena bulan ramadhan ni aku akan cuba berkongsi maklumat2 yang bersifat ganas, buruk, dan lain2 lagi yang kebanyakannya orang tidak tahu, tetapi aku tahu.

Aku bukanlah seorang bekas penagih dadah, cuma pergaulan dengan kawan2 yang terlibat dalam dunia ini, menyebabkan aku tau serba sedikit sifat2 penagih dadah. Tujuannya memberitahu tuan-puan, supaya tuan-puan dapat mengenali sifat dan tindak tanduk anak tuan-puan sekiranya mereka telah terjerumus dalam dunia ini, tuan-puan dapat mengetahuinya lebih awal.

(Bacakah mengikut intonasi seolah-olah tuan-puan sedang mendengar ceramah)

Mungkin dikalangan tuan-puan telah dan sering di dedahkan dengan sikap si penagih yang telah 'tegar' atau dalam bahasa mudahnya, penagih yang tidak boleh berhenti akibat ketagihan dadah.

Ada beberapa perkara yang tuan-puan kene lihat, sikap penagih baru, tuan -puan jangan terpedaya dengan slogan 'bahawa sipenagih dadah adalah seorang perokok', tuan - puan jangan terperanjat bahawa 'sipenagih dadah sebenarnya ada juga yang langsung tidak menyentuh rokok'.

Wah!! Tuan azezul, itu berita yang buruk sekali.

Tuan -puan jangan risau, saya akan tunjukkan sebentar lagi.

Tanda-tanda biasa seorang penagih baru adalah seperti berperangai yang berubah2, jika dulu sebelum menagih, perangainya agak pendiam, kini perangainya akan pelik sedikit. Penagih yang bekerja, tidak akan memberontak dengan meminta2 tuan-puan duit, mereka akan cuba 'cover line' dengan mencari duit sendiri.

So bagaimana Tuan Azezul untuk mengenali mereka??

Kebiasaannya penagih baru tidak akan menagih diluar rumah, menagih di luar rumah adalah untuk tempoh 2 hingga 3 minggu permulaan saja, kemudian si penagih akan cuba menagih dirumah, kerana diluar rumah tidak selamat dan mudah di tangkap polis.

Tempat yang paling selamat bagi sipenagih untuk melepaskan gian adalah di dalam tandas. Seorang penagih akan mengambil masa lebih kurang setengah jam saja untuk melepaskan gian dan ketagihan dan menjadi orang biasa.

Seorang peserta saya mencelah, 'kita mesti tau Tuan Azezul sebab mesti si penagih memasang api, akan terkeluar bau2 yang tidak menyenangkan, dan bile keluar tandas mesti penagih akan lalok dan confirm kita akan tau.

Tuan-puan yang baik hati dan yang saya muliakan,

Bau asap hasil bakaran lilin dan mancis adalah lebih kurang sama dengan bau bakaran rokok. Selepas melepaskan gian, si penagih langsung tidak menunjukkan tanda2 lalok dan sekiranya ada, tuan-puan nescaya tidak boleh memastikan ianya tepat.

Kalau tuan-puan baru di arena ini, mungkin selepas si penagih dadah keluar dari tandas tersebut, tuan -puan akan cepat2 memasuki bilik air untuk mencari LILIN hasil bakaran kerana tuan -puan menganggap bahawa si penagih meninggalkan kesan bakaran lilin di lantai atau mana2 di dalam tandas.

Tidak tuan-puan..tidak sekali..

Saya yakin, tuan-puan akan berasa hampa bila berbuat begitu. Apa yang boleh tuan lihat adalah sifat si penagih tersebut.

Bagaimana??

Yang pertama, perkara pertama yang akan dibuat oleh sipenagih selepas keluar dari tandas adalah 'mengambil segelas air suam' dan meminumnya. Yer tuan - puan, si penagih akan segera meminum air suam untuk meredakan kehausan akibat pengambilan dadah.

Yang kedua, sikap penagih akan terus berubah menjadi seorang yang rajin tahap maksimum, rumah tuan -puan akan bersih berkilat kerana itulah perkataan 'lalok' yang tuan -puan sebutkan tadi. Penagih dengan senang hati akan melakukan kerja-kerja mengemas rumah, termasuklah kerja-kerja menyapu, menyelap cermin, mengemup lantai, memotong rumput, dan lain2nya, sehingga rumah tuan-puan berkilat.

Percayakah tuan-puan??

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya, kerana bagi tuan-puan, penagih lebih suka duduk di tempat2 yang kotor seperti belakang2 lorong dan sebagainya. Itu memang benar tuan-puan, tapi tidak bagi penagih baru, mereka akan kelihatan bersih dan suka kepada kebersihan.

Yang Ketiga, sikap ini lebih kurang kepada sikap yang pertama tadi, tapi berlainan sedikit. Penagih baru akan menyediakan air suam di sisi mereka sebelum tidur. Hal ini kerana si penagih kerap berasa haus di waktu malam.

Jelas tak tuan-puan?? Itu adalah 3 sifat penagih baru yang tuan-puan perlu kenalpasti. Nanti di ruang yang lain akan saya jelaskan selain kriteria di atas, ada lagi sifat2 penagih baru yang sukar dikenalpasti.

17 comments :

  1. Fety Ayu said...

    Penagih-penagih sekarang pun dah pandai ber "evolusi".Boleh bertukar-tukar rupe.Dah macam sesumpah.Pandai suaikan diri dgn keadaan semasa.hehehe......

  2. Skudai Apartment Homestay said...

    Memang betul tu Fety... so ibu bapa kena sentiasa hati-hati...

  3. Anonymous said...

    Ya betul..mereka akan jadi serajin rajin manusia..saya sendiri pernah mangalaminya kerana suami saya bekas penagih yg boleh dikatakan tegar.alhamdulillah setelah menjalani perubatan islam,dia pulih,tapi saya tetap berjaga-jaga dengan segala tingkah lakunya.apa yg tuan azeezul bagitau di atas adalah 100% tepat

  4. JIQA said...

    Salam...Anonymous....perubatan yang tuan maksudkan tu do mane ye

  5. JIQA said...

    Ade seorang kawan sy ni Baru berkahwin....Suami die marah2... Pantang silap sikit je melenting....and then,die pernah menghisap ganja....katenye...dh x ambil...adekah boleh dipercayai....adakah sesiapa Yg pernah mengambil ganja...boleh sembuh dr ketagihan...

  6. Fatyn sofea said...

    Salam,boleh tahu tak, perubatan islam mana yg puan pergi... sbb suami sy tindak tanduk nya seperti tuan azeezul nyatakan.. minta puan share pusat perubatan islam tersebut.. tq

  7. Fatyn sofea said...

    Salam,boleh tahu tak, perubatan islam mana yg puan pergi... sbb suami sy tindak tanduk nya seperti tuan azeezul nyatakan.. minta puan share pusat perubatan islam tersebut.. tq

  8. Anonymous said...

    assalam..bole sharekan tak perubatan islam di mana...jika ada contact no bole bagi sekali tak...jika x kberatan bole call sy 011-21697809

  9. Unknown said...

    Kat mana ye perubatan islam tu...??

  10. Unknown said...

    Kat mana ye perubatan islam tu...??

  11. Anonymous said...

    Ganja takde hal kalau setakat isap 2 3 kali.. kalau hari2 isap skali x dapat ye naik angin punye tpi kalau dh lepas mungkin bukan sbb ganja kot.. setahu saya ganja x de gian

  12. Anonymous said...

    Selain dr prrubatan islam ada cra lain x? Suami sy dh start xblik rumah..kmi selalu gduh sbb benda ni..sy dh buntu sbb dy susah utk tggalkn bnda tu.kalau sehari dua dia xhisap dy asyk tido jaa lpstu mrah2.. Dy xboleh control dh. Sy stress laa tlg spa2 tw x mcmna nk buat?

  13. Joker said...

    Ganja xda masalah bkaitan emosi puan.. Cuma masalah ketagihan shj..
    Seumpama perokok. Tp klu ganja ni kerajan Kita benarkn dlm pasaran, ramailaa rakyat kita campur tembakau+ganja utk menghisap. Penghisap ganja ketogori selamat

  14. Joker said...

    Ganja xda masalah bkaitan emosi puan.. Cuma masalah ketagihan shj..
    Seumpama perokok. Tp klu ganja ni kerajan Kita benarkn dlm pasaran, ramailaa rakyat kita campur tembakau+ganja utk menghisap. Penghisap ganja ketogori selamat

  15. Unknown said...

    Report kat aadk jer puan

  16. Unknown said...

    Ape yg menyebabkan penagih kembali menagih sedangkan mereka tahu ianye akan membuatkan org akan pulau mereka....

  17. Unknown said...

    Bole kongsi kn pd sy? Sy mngalami nasib yg sama 0174901140

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...