Monday, August 16, 2010

TERSEKSA AKIBAT KETAGIHAN DADAH

Tuan-puan yang dihormati sekalian.

Bertemu kita sekali lagi.

Hari ini topicnya agak berat sikit. Masyarakat sering mengetepikan penagih2 dadah ni. Mana tidaknya, sikap2 penagih ini keterlaluan, pantang barang berharga 'leleh' sikit, terus di sapunya, bukan itu saja, sekiranya tuan-puan membawa barang2 berharga seperti memakai rantai emas, gelang emas, itulah barang2 sasaran penagih.

Melalui pemerhatian saya, kebanyakan para peragut adalah terdiri daripada mereka yang menagih dadah.

Pernah satu ketika saya berjumpa dengan salah seorang rakan saya, bertanya dengan hal ini, sudah beberapa kali memasuki penjara, dengan berbagai kesalahan, termasuklah mencuri, mengedar dadah, meragut, dan lain2, memang si dia ni kerjanya keluar masuk penjara.

Tuan-puan sendiri pernah mendengar berita dimana seorang anak sanggup membunuh demi mendapatkan wang untuk membeli dadah dan lain2 kes seumpamanya.

Kenapa? Kenapa? dan Kenapa kejadian ini berlaku??
Jawapannya mudah tuan-puan, kawan saya kata, sekiranya ketagihan itu telah datang, memang tidak boleh di kawal langsung, memang otak terus terfikir nak dadah, dan kadang2 sampai nak ter'melabur' kerana tidak tahan dengan ketagihan tersebut.

Memang benar tuan-puan, tu sebab ada yang mengatakan salah satu cara untuk berhenti menagih adalah dengan meminum ARAK, saya tau tuan-puan tidak bersetuju dengan jawapan saya, kerana arak adalah haram. Dengan meminum arak, fikiran penagih akan lupa kepada dadah tadi. (Nanti akan saya ceritakan di episod yang lain)

So, bayangkan tuan-puan, bile dah datang ketagihan ini, memang begitu menyeksakan, tidak boleh tidak, mesti terpaksa pekena dadah ni.

Satu soalan yang akan tuan-puan tanya kepada saya.

"Kalau begitu Tuan Azezul, kenapa di dalam penjara si penagih ni boleh pula berhenti dari menagih sedangkan tiada bekalan dadah??

Tuan-puan yang saya muliakan,

Apabila mereka telah menjadi bantuan, untuk tempoh seminggu di dalam penjara, memang amat menyeksakan bagi mereka, kerana mereka terpaksa menyesuaikan diri kerana tiada bekalan dadah. Dalam tempoh tersebut, si penagih seolah-olah ingin mati dan berharap dilepaskan.

Kepada ibu bapa yang menjenguk mereka, akan berasa amat kasihan, dan ini merupakan peluang kepada si penagih untuk merayu dan menagih simpati agar iba bapa membayar wang jaminan agar mereka dilepaskan.

Sekiranya ibu bapa termakan pujuk rayu mereka, mereka teramat gembira, dan selepas di ikat jamin, mereka tidak akan berubah...percayalah...

Ok, saya ingin menceritakan serba sedikit, bagaimana orang yang telah berhenti dari menagih dadah lebih kurang 10 atau 20 tahun, boleh kembali menagih semula.

Dadah juga di ibaratkan sebagai 'darah daging kita'. Maksudnya ia telah bersemadi di dalam diri kita. Umpama seorang ayah dan anak.

Bila seseorang bekas penagih telah berhenti dari mengambil dadah selepas tempoh 10 tahun, akan datang perasaan RINDU dan ingin mencubanya kembali. Bila dah cuba, maka akan berterusan la sampai bila-bila lagi.

Di ruangan lain akan saya ceritakn lebih detail... Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...