Wednesday, March 16, 2011

AWAS JURUFOTO!!

Salam kepada pembaca blog...

Sempena cuti sekolah ni, saya lihat ramai kawan-kawan mahupun saudara mara yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Maklumlah cuti seminggu, mudahlah untuk saudara mara yang jauh-jauh berkunjung ke rumah bakal-bakal pengantin ni.

Sekadar bercerita...

Sebagai seorang lelaki yang baik hati, setelah anda menjaga sahabat yang kemudiannya menjadi tunang dan kemudiannya berhajat untuk menjadikan bakal isteri, sudah tentu anda sentiasa menjaga tatasusila bakal isteri anda, tambahan lagi bakal isteri itu sememangnya baik, menjaga tatasusila, bersopan santun dan sebagainya, dan anda juga teringat pesan orang tua-tua 'menjaga untuk merasmikan malam pertama'. So, dalam pada itu, aurat si bakal isteri, cara berpakaian dan lain-lainnya semuanya dijaga sebelum di ijabkabul.

Tidak semua lelaki jahat dan suka mengambil kesempatan, dan saya yakin sekiranya seseorang bakal isteri anda dilihat oleh lelaki lain dengan cara yang kurang elok seperti 'tengok tidak kelip-kelip biji mata', anda akan berasa tidak senang, marah dan sebagainya.

Perkara yang anda pasti ambil dan merupakan satu kewajipan untuk berkahwin, iaitu perkhidmatan jurufoto. Anda akan cuba mencari jurufoto-jurufoto yang paling profesional dimata anda. Setelah anda berbincang berkenaan harga dan pakej yang bersesuaian, tanpa membuang masa anda akan membayar harga untuk jurufoto tersebut.

Dan pastinya gambar-gambar yang diinginkan adalah bergambar bersama adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya, dan gambar yang diambil termasuklah gambar di atas pelamin, di dalam bilik, out door dan sebagainya.

Perkara yang selalu terlepas pandang oleh lelaki mahupun pasangan pengantin adalah cara berpakaian yang menjolok mata. Jurufoto kebiasaannya terdiri daripada lelaki dan kadang-kadang bukan datang seorang, tetapi berdua dan semua lelaki adalah manusia biasa yang juga berNAFSU!! Dan ketika sesi penggambaran ini, kebanyakan para-para wanita solehah merangkap bakal isteri anda akan memakai pakaian yang cantik-cantik dan juga termasuk kategori 'SEKSI', 'MENDEDAHKAN AURAT', 'MENONJOLKAN' apa yang sepatutnya disorokkan untuk disajikan kepada bakal suami di malam hari.

Di sinilah sebenarnya keadaan tersebut perlu dielakkan kerana setelah bertahun-tahun anda menjaga bakal isteri anda, tiba-tiba ianya seolah-olah dijamah oleh para jurufoto-jorufoto lelaki yang kononnya PROFESIONAL sedangkanga ia cuba MELIHAT, MENJAMAH, MENGUKUR apa yang sepatutnya tidak dilihat, dijamah dan diukur. Aksi-aksi anda yang sebenarnya 'JELEK' dengan gaya BERCIUM, MEMELUK ERAT, BERBARING sama ada di atas pelamin, di dalam bilik, 'outdoor' telah dilihat oleh jurufoto-jurofoto ini yang seolah-olah sedang meRATAP aksi LUCAH anda serta pasangan anda dan anda seolah-olah bangga MEMPERLAKUKANNYA!!

Saya amat berharap para lelaki diluar sana, sedarlah bahawa jurufoto juga LELAKI YANG BERNAFSU, dan anda tidak akan berbaloi setelah memikirkannya bahawa sebelum anda menjamu bakal isteri di malam pertama, ianya telah dijamu puas oleh mata-mata JURUFOTO ini!!.

Cukuplah sekadar mengambil gambar yang perlu untuk dibuat kenangan untuk anak-anak dan cucu-cucu...

~ sekadar gambar hiasan ~

~ sekadar gambar hiasan ~

~ sekadar gambar hiasan ~

~ sekadar gambar hiasan ~

~ sekadar gambar hiasan ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...