Thursday, April 21, 2011

USAHAWAN PERLU KREATIF

Salam 1 Malaysia.

Beberapa hari lalu saya berkesempatan melawat kilang-kilang usahawan di sekitar Johor Bahru. Memang tidak dinafikan, usahawan2 bumiputera ini banyak terlibat dengan perniagaan berasaskan makanan, minuman dan herba termasuklah makanan sejuk beku dan sebagainya.

Apa yang menarik perhatian saya, kebanyakan produk-produk yang mereka hasilkan adalah sama diantara satu sama lain dan mudah didapati dimana-mana termasuklah pasar tani, pasar malam dan sebagainya. Sebagai contoh karipap sejuk beku, samosa, roti, sos cili, kicap, produk herba dan sebagainya.

Produk-produk ini sebenarnya walaupun mudah dijual, tetapi ianya sudah tepu dipasaran kita. Untuk meningkatkan jualan dan lebih berdaya saing, aspek produk amatlah penting di titikberatkan supaya produk2 ini mudah menembusi pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Sekiranya produk2 ini sudah biasa di dengar, seperti karipap frozen, maka aktiviti pemasaran yang terlalu giat dijalankan akan mengakibatkan kos pemasaran dan pengiklanan akan meningkat sedangkan produk2 lain juga lebih baik dan memenuhi citarasa pelanggan. Maka akibatnya keuntungan yang dapat hanya sedikit.

Oleh itu, produk2 baru yang lebih kreatif perlu dikeluarkan bagi memastikan produk diterima oleh pasaran dan memenuhi citarasa pelanggan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...