Thursday, April 21, 2011

PENAGIH-PENAGIH BARU

Salam 1 Malaysia.

Minggu lepas saya sempat balik ke kampung halaman. Kebetulan masa tu anak saya tidak sihat dan saya membawa kepada seorang bidan kampung untuk berubat. Saya menganggap anak saya itu tersalah urat.

Mendengar cerita bidan kampung ini berkenaan anak-anak muda Felda yang semakin banyak terjebak dengan dadah, memang saya benar2 kesian.

Ada yang mencuri, meragut, pecah rumah, mengugut ibu bapa, semata-mata untuk mendapatkan dadah. Generasi2 ini adalah mereka yang lahir dalam lingkungan awal 90an. Sewaktu saya masih belajar, saya tahu bahawa generasi2 yang lahir pada tahun 1975-7980 adalah mereka yang banyak terjebak dalam dadah dan saya menganggap bahawa tiadanya generasi2 baru akan wujud setelah mereka ini melihat generasi2 terdahulu terjebak dalam dadah ini.

Saya tidak menganggap bahawa penghisap ganja adalah tergolong di dalam mereka2 yang menagih dadah walaupun ganja juga tergolong dalam kategori dadah kerana penghisap ganja boleh berhenti apabila sampai waktunya dan tidak berasa ketagihan seperti mereka2 yang menagih heroin atau sebagainya. Penagih2 ini memang 95% daripadanya tidak dapat berhenti menagih dadah dengan mudah.

Sekiranya mereka dimasukkan di dalam penjara, pusat serenti, dan sebagainya, apabila mereka keluar, mereka masih menghisap dadah semula. Itu yang saya amat2 khuatirkan.

Saya berasa sedih dengan anak2 melayu yang kini semakin ramai yang menagih dan terus menerus lupa dengan tanggungjawab masing2.

Saya baru teringat bahawa terdapat satu PIL yang boleh menghentikan ketagihan dadah ini. Walaubagaimanapun, pil ini sekiranya di makan secara membabi buta, ianya juga akan menyebabkan ketagihan memanjang.

Saya amat berharap agar generasi2 muda pada masa kini dapat mengelakkan diri dari tercebur ke dalam kancah dadah ini yang rata2 daripada mereka SUKAR, SUKAR DAN SUKAR untuk kembali kepangkal jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...