Wednesday, June 17, 2009

My persoNAL - Part 1

Asalamualaikum semua...

aku tlh dinasihatkan oleh isteriku, dia kata 'sebagai seorang lelaki bergelar eksekutif muda (Ceh!!) aku x boleh masukkan blog mengenai urusan peribadiku', tapi kadang2 tu bukan aku x idea nak tulis aper, cuma kadang2 aku x sempt nak tulis sbb kalau nak tulis blog selain dari peribadi, kita perlu perah otak sebab nak keluarkan idea2 yang bernas dan boleh diterima pakai.

5 hari aku meninggalkan rmh, isteri dan anak atas urusan kerja iaitu ke KK, Sabah, menguruskan fetival disana yang nmpk macam satu tugas yang ringan, tapi memerlukan satu komitmen kerja yang sangat tinggi.

Aku nak cerita sikit pengalaman aku kat sana. 2 tahun lepas aku dah ke KK, tapi kali ni aku rasa banyak perubahan yang telah berlaku. Untuk pengetahuan semua, makanan di KK begitu mahal sekali, mengalahkan harga makanan di Johor Bahru mahupun KL, macam x percaya, tapi itulah kenyataan. Setakat makan ditepi2 jalan (kalau dijohor seperti makan di kedai2 mamak), janganla harap nak murah, aku pun turut 'terkedu' melihatnya, bayangkan makan nasi kosong 2, telur mata 1, air buah 2, itu saja sudah RM24.50. Tidak pernah aku terfikir makan disana begitu mahal.

Kalau makan dibelakang pasar filipine pulak, memang t'dpt banyak kedai dan pilihan makanan, seperti ikan bakar, sotong bakar, udang, dan mcm2 lagi. Tapi harga mknn kat kedai2 yang mcm cikai macamtu pun kalau x betul2, x tanya berapa harga dulu, memang mampos, bayangkan makan 4 orang kat situ boleh kene RM190.00. Macam x percaya, tapi tu la hakikatnya.

Taraf hidup di KK sebenarnya memang tinggi, tapi pendapatan di sana tidakla lumayan, sebabtu ramai orang2 di Sabah berpindah mencari kerja dan pendapatan di Johor dan negeri2 lain. Aku agak pelik, antara 'pendapatan dan taraf hidup' terlalu jauh berbeza. Kebiasaannya kalau gaji mahal, baru la makanan dan brg2 akan mahal, tapi ni gaji murah, tapi mknn dan brg2 mahal. Memang pelik, tapi tu la kenyataan.


p/s : aku masih teringin untuk ke KK bersama family, bercuti di pulau2 yang ada di sana dan ke Gunung Kinabalu, hehe

2 comments :

  1. dato-83 said...

    Aku bg cadangan 2 makanan yg murah lagi menjimatkan jika lain kali ko berkunjung ke BKI tu lg.Bwak sekali family ko...

    1-Makan angin-Ko hirup je angin kat sabah tu sampai kembong perot ko.Kan kenyang dah....Save tuue....

    2-Makan hati-Pegi kat pasar2 tamu kat sane dan tanyekan harge brg2 yg ko suke & ingin sgt nak bli....Tp dgn syarat jgn di beli brg2 tue...Dijamin ko terkilan & makan hati lepas tue....Dah save lagi...ekonomi betol....

    P/S : Jadi ape2,risiko tanggung sendiri.Aku bg cadangan jew....he.he.he.

  2. Skudai Apartment Homestay said...

    aku ingat lagu Jalil Hamid masa aku sekolah2 dulu...

    'makan hati akan membawa mati' 'makan kawan jangan di biarkan'...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...