GERAN DAN PINJAMAN
Salam kepada pembaca semua.
Kebanyakan usahawan2 terutamanya usahawan melayu masih kabur dengan peranan2 yang dimainkan oleh pihak kerajaan / agensi kerajaan dalam membantu mengembangkan perniagaan usahawan melayu.
Terdapat 2 jenis bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan iaitu berupa Geran dan Pinjaman. Apa beza di antara kedua nya??
Geran - Bentuk bantuan yang diberikan kepada usahawan dan tidak perlu dibayar balik. Diulangi...tidak perlu dibayar balik, maksudnya FOC ataupun lebih mudah faham FREE. Kebiasaannya, geran2 ini akan diberi bukan dalam bentuk kewangan sebaliknya dalam bentuk fizikal seperti bantuan peralatan, mesin dan lain2.
Pinjaman - Bentuk bantuan yang diberikan kepada usahawan dan PERLU dibayar balik. Bantuan ni dalam bentuk kewangan dan diberikan mengikut fasa2 tertentu seperti pinjaman sebelum memulakan perniagaan, untuk membesarkan perniagaan, meluaskan pasaran, branding dan lain2 lagi. Pinjaman ni lebih mudah diberikan berbanding dgn Geran.
So, mungkin ramai yang nak tau, agensi mane yang menawarkan geran dan pinjaman ni. Kalau nak tau pasal geran, boleh telefon pejabat SMIDEC, SIRIM dan kalau nak tau tentang pinjaman boleh telefon MARA, TEKUN, SME Bank, CGC, Agro Bank, Bank Rakyat, BSN dan lain2 lagi.
So, bagi usahawan2 diluar sana yang nak mendapatkan geran dan pinjaman, boleh la menghubungi agensi2 di atas. Sekian...
2 comments :
1-Slalunye perniagaan jenis ape yang akan diberi bantuan "geran" dan "pinjaman" oleh agensi2 nie?
2-kalau dah mohon geran,boleh mohon pinjaman skali tak?????he.he.he.....
Jenis perniagaan sebenarnya tak kisah kepada apa2, tetapi kebiasaannya orang akan memohon lebih kepada produk berasaskan makanan / makanan ringan / minuman / herba / kraftangan.
Kalau dah mohon geran, masih boleh memohon pinjaman di agensi yang lain.
Post a Comment