Untung BESAR Dan Untung KECIL
Salam kepada semua pembaca blog saya.
Ramai yang menganggap bahawa apabila hendak memulakan satu2 perniagaan, perkara yang pertama akan terlintas dalam fikiran adalah berapa keuntungan perniagaan ni, besar ke kecil?? Kalau besar berapa?? Kalau kecil pula berapa??
Sebenarnya, kebanyakan untung perniagaan ni dikira lebih kurang sama dengan melakukan aktiviti pelaburan dan bermain saham, semakin banyak kita melabur dan menanggung risiko yang tinggi semakin besar la untung yang kita akan dapat, dan semakin kecil risiko yang kita tanggung maka semakin kecilla pulangan yang kita akan dapat.
Hakikatnya, banyak perkara-perkara lain yang perlu difikirkan sebelum memulakan perniagaan selain dari memikirkan untung besar atau untung kecil. Sebagai contoh, kita perlu memikirkan keuntungan yang diperolehi dalam jangka masa yang panjang. Kebanyakan perniagaan pada peringkat permulaan akan mengalami untung yang sedikit memandangkan kebanyakan produk/perkhidmatan yang kita hasilkan belum dikenali ramai kecuali kita memulakan perniagaan francais.
Pada peringkat pertengahan ataupun selang beberapa tahun, barulah corak keuntungan kita akan berubah dan pada peringkat matang ataupun setelah produk/perkhidmatan kita dikenali dan disukai...diulangi...dikenali dan disukai oleh kebanyakan orang, barulah keuntungan kita akan meningkat.
So, kepada kawan2 yang masih mencari2 peluang perniagaan, bolehla memikirkan keuntungan jangka pendek dan keuntungan jangka panjang dan menjadikan Untung BESAR Dan Untung KECIL sebagai perkara kedua.
3 comments :
1-Rasenye sebelum pikir pasal untung KECIK ke BESAR ke.....elok rasenye dipikirkan ,"APE PERNIAGAAN YG HENDAK DICEBURI TUE TERLEBEH DAHULU"....
2-Kebanyakan org kite ni telalu asyik dan leka memikirkan tentang untung dan faedah yg bakal diperoleh jika menjalankan sesuatu perniagaan..... Sedangkan mereka lupe untung dan rugi itu adalah proses terakhir dlm hierarki rantaian proses pengurusan pengeluaran operasi(Supply Chain Management) bagi sesuatu perniagaan itu.
P/S : Tengah tercari2 perniagaan yg sesuai utk diceburi...hmph........
Kalau Dato-83 masih tercari2 perniagaan yang hendak diceburi, harap2 janganla terlalu lama memikirkannya, takut orang lain telah mendarat di bulan, Dato-83 masih mencari jet yang sesuai untuk dibawa ke bulan.
Ehhh......Kene pilih Jet terbaik jgk Tan Sri..Kene cek sistem operasi,keselamatan,penyelenggaraan n mcm2 lagi.Karang dah sampai bulan tak leh balik Bumi susah plak kan.Tak pun tengah terbang tetibe enjin meletop....satu hal plakk....
Mcm tu jgk mniage...kene buat pilihan yg terbaik...Kalau tak kandas..kan rugi.Tol tak.........he.he.he.....
Post a Comment