SIAPA SALAH ???
Salam kepada pembaca blog...
Hari ni saya nak bercerita tentang siapa salah dan siapa yang betul. Jom kita baca cerita di bawah :
Dalam mahkamah tinggi Johor Bahru, seorang hakim telah bertanya kepada seorang pencuri :-
Pendakwaraya : Ali, pada 2 November 2008, jam 8.00 malam bertempat di tempat paking kereta di
Majlis Bandaraya Johor Bahru, kamu telah di tangkap kerana membawa kereta curi. Adakah kamu mengaku bersalah ?
Ali : Maaf yang arif, saya tidak mengaku bersalah dan saya ingin di bicarakan. (sebenarnya memang aku yang curi, hehe)
Hakim : Ok, saya menetapkan tarikh pada 2 Disember 2009 untuk membawa kes kamu ini untuk bacaan kali kedua.
Ali : Terima kasih Yang Arif (lege rase, hehe)
Sebenarnya cerita di atas adalah merupakan satu contoh tentang sikap diri kita. Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah 'tunding menunding jari diantara kita dan para lawan2 kita'. Kebiasaannya orang kita ni lebih suka mengambil pendekatan menunding jari menyalahkan orang lain berbanding mengakui kesilapan diri sendiri.
Kita jarang sekali mengakui kesalahan diri kita. Walaupun kadang2 kesalahan tu bukanlah disebabkan oleh kita sepenuhnya, setidak2nya kita juga tergolong dalam orang yang menyebabkan kesalahan itu terjadi.
Sebagai contoh, bila berlaku kesilapan dalam kerja2 kita, terutamanya yang melibatkan kerja2 team work, kita cepat menunding jari mengatakan orang tu salah, orang ini salah, kita jarang sekali mengatakan kita silap, sedangkan sekiranya kita 'monitor' perkara tu betul2, mungkin tidak akan berlaku masalah seperti itu.
Begitu juga dengan hal2 lain selain dari hal2 kerja, termasuklah hal2 sosial, masalah sosial dikangan remaja kini, dan lain2nya, kita cepat2 kata yang 'oh!!! tu mak bapak dia yang asik sibuk bekerja, bukan salah kita', dan kita jarang mengatakan 'kesian budak tu, baik aku tegur sebelum terjadinya masalah dikemudian hari', dan kita jarang berfikir apa perkara sebenar berlaku sehingga perkara tersebut boleh terjadi.
So, sebenarnya apa yang saya nak sampaikan ialah 'JIKA PENCURI SENDIRI TIDAK MENGAKU KESALAHANNYA sedangkan dia sendiri yang mencuri, apatah lagi orang2 sekeliling kita, jika kita menunding jari 'OH!!! KAU YANG SALAH' sudah tentu kita tidak akan menemui jalan penyelesaian sehinggalah kita mengatakan pada diri sendiri 'OH!! MENGAPA AKU TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN ITU DAN INI, SUDAH TENTU MASALAH INI TIDAK AKAN TERJADI.
Wasalam.
2 comments :
Politiking memang cmtue....ibarat undang2 rimba....sape yg kuat,yang gagah,yang banyak kroni2,yang banyak pengaruh dielah yang dapat kedudukan dan segale keistimewaan....
P/S:Teringat crite tarzen dlm hutan....melalak2 panggil binatang....same cm org yg melalak2 dalam opiz...konon nak tunjuk kije die bagus,die bizy dan die sorang je yg ade kije...hehehe...
Salam Dato-83,
Tu la tugas kite yang sebenarnye nanti, apabila kite dah berjaya dan berada di atas, kite kene perbetulkan apa yang berlaku sekarang.
Post a Comment